web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID: Malaysia Sekali Lagi Catat Kes Sembuh Tertinggi Dengan 8,334 Kes

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 8:35PM

Daripada 5,793 kes yang dicatatkan hari ini, sebanyak 6 kes melibatkan kes import manakala 5,787 kes pula melibatkan penularan dalam negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kes sembuh daripada COVID-19 dalam tempoh 24 jam di negara ini sekali lagi mencatatkan angka tertinggi sejak pandemik itu melanda Malaysia dengan 8,334 kes berbanding 7,749 semalam, menjadikan kumulatif sembuh hingga kini sebanyak 572,113 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 76 kematian baharu turut dicatatkan hari ini, menyaksikan jumlah kematian keseluruhan akibat pandemik itu meningkat kepada 3,844 kes.

"Kes aktif pula kini 76,247 kes manakala sejumlah 914 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 459 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan," katanya dalam kenyataan media mengenai perkembangan wabak itu hari ini.

Mengenai kes baharu, beliau berkata daripada jumlah 5,793 yang dicatatkan hari ini, sebanyak enam kes melibatkan kes import manakala 5,787 pula melibatkan penularan dalam negara.

Kes import melibatkan empat warganegara dan dua bukan warganegara manakala kes tempatan pula membabitkan 4,851 warganegara dan 936 bukan warganegara, katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata 24 kluster baharu dikesan hari ini dengan 15 daripadanya membabitkan penularan di tempat kerja, tujuh kluster melibatkan komuniti dan dua di pusat tahanan.

Kluster baharu tempat kerja yang direkodkan ialah Industri Batu 46, Industri Jalan Bandar Lama, Industri Jalan Sellathevan dan Industri Jalan Udang Galah di Selangor, Flora Blue Valley dan Industri Jalan 1/6 Gebeng (Pahang) serta Industri Jalan Haruan Enam dan Industri Taman Melur (Negeri Sembilan).

Kluster tempat kerja lain adalah Jalan Perindustrian Bukit Minyak Tiga dan Perusahaan Baru Satu (Pulau Pinang), Jalan Pekeliling Tanjung dan Jalan Besar Simpang Renggam (Johor), Jalan Lai Tet Loke (Kuala Lumpur), Desa Pulau Rusa (Terengganu) dan Dah Bukit Makmur (Kedah).

Manakala tujuh kluster komuniti adalah Kampung Kubang Batu dan Kedai Ketereh di Kelantan, Kampung Sinar Budi Baru dan Melatai (Sarawak), Kampung Baru Sipitang, Indah dan Ambar Park (Sabah), selain kluster pusat tahanan iaitu Tembok Bukit Mertajam (Pulau Pinang) dan Jalan Bachok-Tok Bali (Kelantan).

"Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan 2,462 kluster dengan 761 kluster aktif," katanya dengan menambah jumlah keseluruhan kluster yang ditamatkan ialah 1,701. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad