web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mayat Budak Lelaki Hilang Ditemui Di Tebing Sungai, 2 Remaja Lemas Di Terengganu

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2026 4:54PM

Mayat Paulus Amsal Jimri dibawa naik oleh pasukan penyelamat sebaik ditemui pagi tadi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang hilang selepas terjatuh ke dalam sungai berhampiran Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di Damansara Damai berjaya ditemui pagi tadi. 

Mayat Paulus Amsal Jimri ditemukan sekitar 1.9 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang berhampiran Menara Finas.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat mangsa ditemukan di tebing sungai berhampiran Jalan Welfare, Kampung Baru Sungai Buloh.

“Pusat Gerakan JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 10 pagi berhubung penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki di lokasi kejadian,” katanya.

Menurut beliau, pasukan penyelamat berjaya membawa keluar mangsa pada jam 10.47 pagi sebelum pegawai Kementerian Kesihatan mengesahkan kematiannya kira-kira jam 11 pagi.

“Mayat mangsa kemudian dicamkan oleh ahli keluarga sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. 

Ahmad Mukhlis memberitahu,  operasi pencarian pada hari pertama semalam menggunakan kaedah pencarian permukaan melibatkan radius dua kilometer, namun mangsa gagal ditemukan sebelum operasi dihentikan pada jam 9 malam atas faktor keselamatan dan keadaan gelap.

Operasi disambung semula pagi tadi dengan pasukan penyelamat melakukan pencarian di sepanjang tebing sungai dari Jambatan Paya Jaras Hilir hingga Jambatan Merbau Sempak sebelum mangsa akhirnya ditemukan.

Operasi berkenaan melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam.

Terdahulu, kanak-kanak itu disenaraikan dalam sistem Nur Alert Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas laporan kehilangannya dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Damansara semalam.

Sementara itu, di Terengganu, dua remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Paka berhampiran Kampung Beril, Dungun, awal hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohamad Amir Ashraf Mohd Zulnaidi, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling di Marang, dan Mohd Aidil Amsar Mohd Zulnaidi, 14, dari SMK Paka.

Menurut JBPM, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.19 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka tiba di lokasi enam minit kemudian.

Komander operasi, Mohd Rizuan Ramli berkata, kejadian membabitkan empat remaja lelaki yang dipercayai pergi ke sungai untuk mandi kira-kira jam 10.30 pagi.

“Dua mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala dua lagi dipercayai hilang di dalam sungai dan operasi mencari serta menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya.

Dua remaja yang terselamat dikenali sebagai Mohd Farish Iqbal Cik Mohana Runasdi, 14, dan Mohd Afi Naashif Adli Noone, 15, masing-masing merupakan pelajar SMK Paka.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 15 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh serta Pasukan Penyelamat Di Air dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai.

Pasukan penyelamat kini giat melakukan pencarian di sekitar tebing sungai, manakala penyelam khas meneruskan operasi bawah air bagi mengesan kedua-dua mangsa yang masih hilang.

Pihak berkuasa memaklumkan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. - Getaran, 24 Mei 2026

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

2 Lelaki Direman 7 Hari, Bantu Siasatan Kes Kematian Di Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 51 minit yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Nelayan Tak Berlesen Masih Jadi Isu, Punca Utama Insentif Kerajaan ‘Tak Sampai’ Ke Tangan - Faizul

oleh Sophia Ahmad