web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Didakwa Guna Nombor MyKad Individu Lain Beli Petrol Subsidi

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2026 7:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas 13 pertuduhan menggunakan nombor kad pengenalan orang lain untuk membeli petrol Budi MADANI RON95 (BUD195) di daerah ini.

Azman Aziz, 53, didakwa berpura-pura sebagai orang lain telah menggunakan nombor kad pengenalan tiga individu lain, untuk membeli kuota petrol dengan harga subsidi di bawah skim Budi MADANI berjumlah 594.459 liter, sehingga menyebabkan pengadu mengalami kerugian kuota subsidi bulanan mereka.

Lelaki berasal dari Perak itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di stesen minyak BH Petrol Padang Lengkuas di dalam daerah Baling antara 18 Mac hingga 23 April lepas.

Bagi semua pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 416 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Jamal, manakala Azman diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Masniah Dolah.

Hakim Mahkamah Sesyen Rohaida Ishak yang bertindak sebagai Majistret, membenarkan lelaki itu diikat jamin RM15,000 dan menetapkan 8 Julai ini sebutan semula kes.

Sebelum ini, polis menahan seorang pekerja stesen minyak warga Bangladesh, bagi membantu siasatan kes kehilangan kuota petrol subsidi BUDI95 yang disyaki digunakan pihak lain di Kupang, Baling.

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Brandon Richard Joe berkata penahanan itu, susulan daripada laporan polis yang dibuat oleh seorang peniaga berusia 57 tahun dari Selangor, yang mendakwa kuota subsidi BUDI95 miliknya telah hilang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Guna Kekerasan Jenayah Terhadap Sultan Perak, Wanita Didenda RM500

2

Semasa 11 jam yang lalu

Zafrul Nafi Tahu Dakwaan Sumbangan Politik Jana Wibawa

3

Semasa 4 hari yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

4

6 hari yang lalu

Tekap Bantal Ke Muka Teman Wanita Hingga Mati, Mekanik Dipenjara 32 Tahun, 12 Sebatan

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia, Singapura Laksana Sistem Imigresen Digital Baharu, Berkuat Kuasa Januari 2027

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Pertimbang Tukar Kerusi Di NS, Tok Mat Mahu Rombakan Strategi Pilihan Raya 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Guna Kekerasan Jenayah Terhadap Sultan Perak, Wanita Didenda RM500

oleh Sophia Ahmad