web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Komen Mengenai Institusi Diraja: Polis Siasat Tony Pua

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2026 7:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis membuka siasatan terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua susulan satu hantaran di Facebook yang menyentuh isu Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, pihaknya menerima 28 laporan polis dari seluruh negara berhubung hantaran tersebut.

“Kami telah memulakan siasatan selepas menerima 28 laporan polis dari seluruh negara.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Ketika ditanya sama ada Tony Pua akan dipanggil untuk memberi keterangan, Kumar berkata semua pihak berkaitan akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

“Sudah tentu, kami akan memanggil semua pihak yang terlibat untuk membantu siasatan,” katanya.

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencadangkan supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas EXCO Selangor, Ronnie Liu, hadir sekurang-kurangnya sekali seminggu di Dataran Selangor bagi membaca Rukun Negara yang tertera pada plak di lokasi berkenaan serta menghormati institusi beraja.

Dalam hantaran di Facebook selepas itu, Tony Pua menyatakan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, dan kuasa Raja secara umumnya tertakluk kepada beberapa aspek tertentu termasuk adat Melayu, agama Islam dan fungsi Perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hantaran tersebut mengundang kritikan daripada beberapa pemimpin politik yang mengecam kenyataan veteran DAP itu. – Getaran, 20 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 10 jam yang lalu

Pelajar Perempuan Ditikam, Suspek  Lama Tak Hadir Ke Sekolah Kerana Jalani Rawatan

2

Semasa 11 jam yang lalu

Lagi Kes Tikam Pelajar: ‘Anak Saya Ditikam 14 Hingga 16 Kali’ - Bapa Mangsa

3

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

4

Semasa 14 jam yang lalu

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Guna Kekerasan Jenayah Terhadap Sultan Perak, Wanita Didenda RM500

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia, Singapura Laksana Sistem Imigresen Digital Baharu, Berkuat Kuasa Januari 2027

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Zafrul Nafi Tahu Dakwaan Sumbangan Politik Jana Wibawa

oleh Amirah Abu Bakar