web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NSM: MINDEF Hantar Notis Tuntut RM1 Bilion Daripada Syarikat Norway

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2026 2:31PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Kementerian Pertahanan telah menghantar notis tuntutan kepada syarikat pengeluar di Norway, susulan pembatalan lesen eksport misil antikapal dan serangan darat (NSM) oleh syarikat berkenaan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata notis bagi menuntut kos langsung dan tidak langsung, telah dihantar kepada syarikat berkenaan hari ini.

"Kita tuntut kos langsung dengan kos tak langsung. Kos langsung sebanyak jumlah yang sudah dibayar, 126 juta EUR (RM583.47 juta) dan kita juga ada tuntut jumlah kos tak langsung yang membabitkan jumlah yang besar juga, seluruh jumlah tuntutan itu berjumlah kira-kira RM1 bilion," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja meninjau kemajuan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) di Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (LUNAS), di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini hari ini.

Turut hadir Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain.

Khaled berkata tuntutan kos langsung berjumlah 126 juta EUR, merupakan 95 peratus kos yang telah dibayar daripada keseluruhan kontrak bernilai RM634.7 juta, yang melibatkan sistem persenjataan untuk kapal persisir tempur (LCS) dan dua lagi kapal KD Jebat dan KD Lekiu.

Beliau berkata pembatalan lesen eksport tersebut dilakukan kerajaan Norway secara unilateral tanpa perbincangan dengan Malaysia, walaupun kerajaan telah memenuhi segala obligasi kontrak tersebut.

"Kita telah bayar 95 peratus daripada nilai kontrak. Tapi pada saat akhir, kalau kita tengok kronologi, kerajaan Norway telah membatalkan lesen eksport bagi sistem tersebut secara unilateral, dia (Norway) enggan mengeluarkan lesen eksport atas alasan dasar baharu negara mereka yang mengehadkan eksport teknologi pertahanan sensitif hanya kepada sekutu dan rakan strategik terdekat.

"Maknanya hanya kepada negara NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) dan rakan-rakannya yang dia anggap sebagai rakan strategik," katanya.

Susulan itu Khaled berkata isu pembatalan ini telah menimbulkan krisis kepercayaan terhadap komitmen antarabangsa negara dan menjadi iktibar kepada negara serta negara sekutu ASEAN dalam menjalankan hubungan dagangan dengan Norway.

"Jadi, apabila komitmen ini boleh dibatalkan secara sepihak saja, maka keyakinan terhadap keseluruhan sistem akan mula terhakis. Pada peringkat kementerian kita dah beritahu dan kita harap negara-negara seperti ASEAN dan negara yang bukan menjadi sekutu rapat Norway, ambil pengalaman pengajaran yang dihadapi oleh Malaysia, supaya mereka tak (tidak) beli dan berurusan dengan Norway.

"Kita pun dah maklum pada Kementerian Pertahanan supaya apa-apa pembelian, sama ada peluru ke apa, tak payahlah kita beli daripada Norway dan kita kena berhati-hati apabila kita membuat perolehan dengan negara-negara yang lain yang mungkin melakukan tindakan yang serupa terhadap negara kita," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

oleh Sophia Ahmad