web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar Kolej Didakwa Bunuh Rakan Sebaya, Kes Tikam 61 Kali Dibawa Ke Mahkamah

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2026 11:13AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  – Seorang pelajar kolej berusia 19 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh rakan sebaya, dalam kejadian di Ketereh, Kelantan.

Tertuduh, Muhammad Hazim Muhammad, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Hazim didakwa menyebabkan kematian Nurfisya Zulkifly, 19, antara jam 11.40 malam, 30 April hingga 12.20 tengah malam, 1 Mei lalu di Jalan Pengkalan Piah, Ketereh.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara sehingga 40 tahun jika tidak dikenakan hukuman mati. 

Tertuduh juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan, Wan Azimah Yaacob, bersama Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nadzir Abdullah dan Ahmad Naabil Mohamed Asri manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Alias Ibrahim.

Menerusi sidang sama, pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan untuk pengurusan kes bagi mendapatkan laporan forensik serta laporan pakar.

Kedua-dua laporan berkenaan  diperlukan untuk melengkapkan siasatan.

Mahkamah kemudian menetapkan 2 Julai ini untuk sebutan semula dan pengurusan kes. - Getaran, 12 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

4

Semasa 2 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar