web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Lebih Ramai Musuh Berbanding Kawan’ - Azam

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2026 3:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keengganan mengambil ‘jalan selamat’ sepanjang mengemudi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyebabkan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki lebih banyak dikelilingi musuh berbanding sahabat. 

Mendedahkan perkara itu, Azam yang bakal menamatkan perkhidmatannya esok berkata, tempoh hampir empat dekad dalam perkhidmatan awamnya ditandai dengan komitmen untuk menyiasat kes-kes yang sukar dan sensitif dari segi politik, berbanding memilih untuk mengelak.

“Saya akui saya tidak mempunyai ramai kawan sejak berkhidmat di Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan kemudian SPRM. Malah, apabila menjadi Ketua Pesuruhjaya, bilangan musuh saya semakin bertambah. 

“Semasa dalam perkhidmatan, saya cenderung untuk tidak melakukan perkara yang ‘selamat’ kerana saya percaya kepimpinan seperti itu ibarat tidak melakukan apa-apa,” katanya.

Menurut beliau, pendekatan digunakan sepanjang berkhidmat tergambar menerusi siasatan ke atas pelbagai kes berprofil tinggi, termasuk yang melibatkan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Katanya, kes melibatkan Muhyiddin ialah dakwaan salah guna kuasa melibatkan RM225.3 juta dalam projek Jana Wibawa.

Beliau turut merujuk kepada sabitan terhadap Datuk Seri Najib Razak, yang didapati bersalah dalam kes melibatkan SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Azam berkata, pendakwaan terhadap individu berprofil tinggi sememangnya mengundang kritikan daripada pelbagai pihak.

“Dalam sejarah Malaysia, SPRM telah menyiasat bekas perdana menteri, dan ada juga yang masih berkhidmat. 

“Ramai pihak tidak berpuas hati dengan pendekatan siasatan yang diambil kerana prinsip saya jelas: sesiapa yang bersalah mesti didakwa tanpa mengira kedudukan,” katanya.

Beliau menarik perhatian, siasatan rasuah sememangnya lebih kompleks berbanding jenayah lain, kerana ia melibatkan rangkaian tertutup yang saling melindungi bagi menyembunyikan kesalahan.

“Jenayah rasuah biasanya berlaku dalam kumpulan kecil yang saling melindungi antara satu sama lain, menjadikannya lebih sukar dikesan berbanding jenayah seperti rompakan atau kecurian.

“Ada kes yang berlarutan bertahun-tahun tanpa dapat dikesan secara langsung,” dedahnya. 

Azam turut menekankan keperluan kerjasama pelbagai disiplin bagi memperkukuh keupayaan siasatan, termasuk kepakaran dalam bidang perakaunan, kejuruteraan, perubatan dan undang-undang.

“Setiap latar belakang membawa perspektif dan kepakaran berbeza yang boleh membantu menjadikan siasatan lebih berkesan,” katanya.

Azam dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 menggantikan Latheefa Koya, dan sejak itu menerima beberapa lanjutan kontrak perkhidmatan.

Dilahirkan pada 12 Mei 1963 di Negeri Sembilan, beliau memulakan kerjaya pada 1984 di BPR dan telah berkhidmat di bawah tiga perdana menteri iaitu Muhyiddin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Abdul Halim Aman, dijangka menggantikan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa Rabu. - Getaran, 11 Mei 2026

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad