web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pekerja Warga Bangladesh Didenda RM10,000 Guna MyKad Beli Petrol Subsidi BUDI95

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2026 8:53PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja stesen minyak warga Bangladesh didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku memiliki dan menggunakan MyKad milik dua rakyat Malaysia untuk tujuan pembelian petrol bersubsidi Budi MADANI RON95 (BUD195), bulan lepas.

Md Jakir Hossain, 50, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Lelaki itu didakwa menggunakan kad pengenalan milik dua individu yang bukan kepunyaannya, tanpa kuasa dan alasan sah bagi tujuan pembelian petrol bersubsidi di sebuah stesen minyak di Jalan Pahang, di sini pada 8 Februari hingga 22 April lepas.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Peraturan 25(1) (o), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah mengenakan denda RM5,000 atau penjara tujuh bulan bagi setiap pertuduhan.

Tertuduh membayar denda yang dikenakan ke atasnya bagi kedua-dua kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kerugian yang dialami mangsa daripada kuota petrol bersubsidi mereka.

"Tertuduh mempunyai pilihan untuk memulangkan kad pengenalan tersebut namun tetap meneruskan pembelian petrol walaupun mengetahui MyKad itu bukan miliknya," katanya.

Sementara itu, peguam Low Carmen yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda yang ringan atas alasan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga dan telah insaf atas perbuatannya.

Berdasarkan ringkasan kes daripada siasatan polis, pengadu yang merupakan pemilik Mykad yang bekerja sebagai akauntan mendapati baki subsidi BUDI95 miliknya berkurang daripada 94.937 liter kepada 44.637 liter pada 22 April lepas dan beliau mengesyaki kad pengenalannya yang hilang sehari sebelumnya telah disalahgunakan untuk pembelian minyak tanpa izin di sebuah stesen minyak di Jalan Pahang.

Semakan dengan pusat khidmat Budi Madani mengesan lima transaksi mencurigakan menggunakan kad tersebut.

Susulan semakan rakaman kamera litar tertutup, seorang lelaki, iaitu tertuduh berjaya ditahan dan pemeriksaan di bilik sewanya menemukan dua kad pengenalan milik pengadu serta seorang lagi individu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

2

Semasa 3 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

3

Semasa 3 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

4

Semasa 3 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad