web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengasuh Didakwa Sebabkan Kematian Bayi 5 Bulan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2026 3:20PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang bayi lelaki berusia lima bulan hingga menyebabkan kematian pada Februari lepas.

Farisha Azniha Mohd Sobri, 24, didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak telah menganiaya kanak-kanak itu hingga menyebabkan kematian di sebuah rumah di Kampung Sungai Merab Luar, Sepang pada 11 pagi, 12 Februari  lepas.

Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama, memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah juga boleh memerintahkan menyempurnakan bon dengan penjamin bagi berkelakuan baik dalam tempoh dan syarat difikirkan baik oleh mahkamah dan menjalani khidmat masyarakat.

Timbalan Pendakwa Raya Saifuddin Rafiee mencadangkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melapor diri di balai polis dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Rohan Singh yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah kerana anak guamnya hanya bekerja sebagai pengasuh sambilan dengan pendapatan RM400 sebulan, selain mempunyai dua anak berusia dua dan empat tahun, serta perlu menjaga ibu dan bapa yang sudah tua.

Hakim Ahmad Fuad Othman membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan melapor diri sekali setiap bulan di balai polis berhampiran selain menetapkan 21 Mei ini untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

2

Semasa 4 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad