web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemuda Bangladesh Maut Dirempuh Pegawai Tentera Mabuk: Mangsa Sedang Bercuti Bersama Isteri - Keluarga

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2026 8:48PM

Mangsa (kanan) bersama isterinya - Gambar koleksi peribadi keluarga

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemuda Bangladesh yang maut selepas kenderaan dinaikinya dirempuh seorang pegawai tentera mabuk berada di negara ini untuk bercuti buat kali kedua bersama isterinya.

Mengesahkan perkara itu, bapa saudara mangsa, Mohibul Hassan, 50, berkata, pasangan yang telah mendirikan rumah tangga selama dua tahun itu aktif sebagai blogger pelancongan di negara asal mereka

Mohibul berkata, beliau terkejut sebaik menerima berita kemalangan yang menimpa anak saudaranya itu.

“Jika dia mabuk, kenapa memandu? Sekarang pun sudah tiada guna untuk dipersoalkan.

“Jika benar dia mabuk, saya mahu lihat tindakan undang-undang Malaysia terhadapnya,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur hari ini, seperti dilaporkan Buletin TV3.

Mangsa, Muzahid Millad, 22, maut akibat kecederaan parah di kepala selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) e-hailing yang dinaikinya bersama isteri, Nafisa Tabassun Adiba, dirempuh sebuah Ford Fiesta dari arah bertentangan yang dipandu seorang pegawai tentera.

Pasangan terbabit dilaporkan baru mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum kejadian berlaku.

Insiden itu turut menyebabkan Nafisa, anggota tentera terbabit serta seorang lagi penumpang wanita dalam Ford Fiesta mengalami kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa mengesahkan, ujian pernafasan alkohol terhadap pemandu Ford Fiesta mendapati bacaan melebihi had dibenarkan.

Sementara itu, sepupu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Alamgir berkata, pasangan itu merancang untuk bercuti selama seminggu di ibu negara.

Katanya, pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Bangladesh telah menemuinya di hospital dan beliau kini sedang menguruskan urusan pengebumian mangsa. 

Menurutnya, keluarga merancang untuk mengebumikan Muzahid di kampung halamannya di Bangladesh selepas semua urusan selesai. – Getaran, 23 April 2026

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad