web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Lulus Bantuan Segera RM500,000 Baik Pulih SMU (A) Darul Ulum AI-Muhammadiah

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2026 4:05PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR PUTEH - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bantuan segera berjumlah RM500,000 bagi membaik pulih bangunan Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah di Kampung Kolam, Bachok yang musnah dalam kebakaran pada 12 April lepas.

Anwar berkata Kerajaan MADANI menzahirkan rasa simpati atas insiden yang mengakibatkan tiga blok bangunan sekolah berkenaan musnah sepenuhnya dalam kejadian tersebut.

"Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM500,000 bagi membantu pihak pentadbiran sekolah untuk membaik pulih prasarana yang terkesan," kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra dan Lawatan Masjid Gong Chapa di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, kebakaran memusnahkan tiga blok bangunan sekolah yang merangkumi blok akademik, bilik penyelia dan asrama pelajar lelaki, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Sekolah yang ditubuhkan pada 1990 itu mempunyai sebanyak 252 pelajar dengan 112 daripadanya menghuni asrama.

Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan Ahmad Norisham Ab Halim ketika dihubungi Bernama menyifatkan bantuan segera yang diumumkan oleh Perdana Menteri itu sebagai khabar gembira dan amat melegakan pihak pengurusan sekolah.

"Sebelum ini kita juga telah menerima bantuan segera daripada Kementerian Pendidikan sebanyak RM100,000 untuk kerja pembersihan, pendawaian dan paip air.

"Alhamdulillah hari ini ada lagi tambahan bantuan daripada Perdana Menteri dengan jumlah yang agak besar dan ini sangat melegakan pihak kita bagi memastikan pelajar dapat meneruskan pembelajaran di sekolah dengan segera," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 4 minit yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

2

Semasa 5 jam yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

4

Ekonomi 2 hari yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

Sorotan

1

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

2

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

3

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

4

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

5

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

6

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 4 minit yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad