web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendakap Gigi Haram: Doktor Gigi Palsu Didenda RM300,000

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2026 1:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita wanita berusia 23 tahun didenda RM300,000 atau berdepan hukuman penjara selama 24 bulan selepas didapati bersalah menawarkan perkhidmatan memasang pendakap gigi secara haram. 

Tertuduh, Intan Nazirah Mohd Rofi, dijatuhi hukuman tersebut oleh Hakim Maimoonah Aid di Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang selepas didapati bersalah menjalankan prosedur pergigian di premis yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dia berdepan dua pertuduhan, iaitu mengamalkan pergigian tanpa pendaftaran sah di bawah Akta Pergigian 2018, serta mengendalikan sebuah klinik pergigian swasta yang tidak berdaftar, sekali gus melanggar Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.

Di bawah peruntukan undang-undang berkenaan, setiap kesalahan memperuntukkan hukuman denda sehingga RM150,000, penjara tidak melebihi enam tahun, atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan kes dikendalikan pegawai penguat kuasa daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut fakta kes, sepasukan anggota dari Seksyen Kawalan Amalan Perubatan Swasta bersama Unit Penguatkuasaan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah menjalankan serbuan ke atas sebuah premis di Kampung Pak Mahat kira-kira jam 9 malam pada 14 September 2022, susulan maklumat berhubung aktiviti pergigian haram.

Ketika serbuan dijalankan, tertuduh didapati sedang melakukan rawatan pemasangan pendakap gigi ke atas seorang pesakit yang berbaring di atas tilam di ruang tamu premis tersebut.

Difahamkan, premis terbabit telah diubah suai menjadi sebuah klinik sementara.

Tertuduh ketika pemeriksaan gagal mengemukakan sebarang dokumen atau perakuan sah, termasuk bukti pendaftaran premis sebagai klinik pergigian swasta, pengiktirafan daripada Majlis Pergigian Malaysia, serta sijil perakuan amalan tahunan yang masih berkuat kuasa.

Pihak berkuasa turut merampas pelbagai peralatan dan bahan pergigian yang dipercayai digunakan bagi menjalankan prosedur ortodontik.

Kes terbabit adalah yang kedua seumpamanya minggu ini, selepas seorang wanita di Petaling Jaya didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan mengendalikan perkhidmatan pendakap gigi secara haram.

Kedua-dua pendakwaan  mencerminkan peningkatan tindakan penguatkuasaan terhadap amalan pergigian tanpa lesen di Malaysia. – Getaran, 6 April 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 4 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 59 minit yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad