web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penganggur Didakwa Bunuh Ahli Perniagaan

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2026 6:00PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur yang melarikan diri selama empat tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang ahli perniagaan di sebuah kawasan perumahan di Mont Kiara pada 2022.

V.V. Vadivelu, 39, bersama-sama tiga lagi individu yang telah dituduh sebelum ini didakwa telah membunuh Goh Chok Chuan, 63, di parkir kereta berhampiran pondok pengawal Amarin Kiara, Mont Kiara, dekat sini, pada 11.40 malam, 11 Julai 2022.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret MS Arunjothy kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pegawai Pendakwa M. Alli Nangai tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan tersebut tidak boleh dijamin.

"Mohon mahkamah tetapkan satu tarikh sebutan untuk pendakwaan mendapatkan izin bagi memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi.

"Tiga lagi tertuduh yang didakwa sebelum ini telah dijatuhi hukuman setelah mereka mengaku bersalah mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan," katanya.

Mahkamah menetapkan 8 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Pada 12 Julai 2022, media melaporkan pihak polis dalam satu kenyataan memaklumkan saksi kejadian mendengar tiga das tembakan dilepaskan sebelum menemukan mayat mangsa.

Mangsa dikatakan bermain mahjung di rumah rakannya di Amarin Kiara dan dilapor ditembak berdekatan keretanya yang dipakir berhampiran pondok pengawal di luar kawasan perumahan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad