web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


54 Ahli Keluarga Sepakat Berbusana Sedondon Setiap Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2026 2:55PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Setiap kali menjelang Aidilfitri, sebuah keluarga besar di Kampung Tok Dir di sini tidak pernah melepaskan peluang mengekalkan tradisi memakai pakaian sedondon sebagai simbol kebersamaan serta keharmonian dalam kalangan mereka.

Muda Abdullah, 68, bersama isteri Khatijah Said, 62, serta 12 anak, 30 cucu dan 10 menantu sepakat memilih warna tema untuk dipakai bersama pada pagi Syawal.

Muda berkata amalan yang diteruskan setiap tahun itu bukan sahaja menceriakan suasana pagi Syawal, malah mencerminkan nilai kasih sayang serta perpaduan yang utuh dalam keluarga berkenaan.

Katanya, tradisi itu bermula sejak 2018 dan masih diteruskan hingga kini, sebagai satu daripada cara mengekalkan hubungan erat dalam kalangan ahli keluarga.

"Kami sepakat untuk memakai warna yang sama setiap kali Hari Raya. la kelihatan lebih teratur dan serasi apabila semua berkumpul dengan warna yang sedondon untuk diabadikan sebagai kenangan pada pagi raya," katanya ketika katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tok Dir di sini hari ini.

Sementara itu, anak perempuan Muda, Nazifa Qasrina, 25, berkata pemilihan warna dibuat secara undian melibatkan semua ahli keluarga bagi memastikan setiap orang mempunyai peranan dalam menentukan tema pakaian.

Anak kesebelas daripada 12 beradik itu berkata walaupun jumlah ahli keluarga semakin bertambah dengan kehadiran menantu dan cucu, kesepakatan tersebut tetap dikekalkan dengan melibatkan semua pihak dalam proses pemilihan warna.

"Kami akan menyenaraikan beberapa warna dan membuat undian di kumpulan WhatsApp keluarga. Warna yang menerima undian tertinggi akan dipilih sebagai tema tahun tersebut," katanya.

Nazifa Qasrina berkata pada Aidilfitri kali ini, warna hijau zamrud atau emerald green dipilih selepas mendapat sokongan majoriti dalam kalangan ahli keluarga, dengan setiap individu membeli pakaian masing-masing mengikut warna yang dipersetujui tanpa perlu menempah secara khusus.

"Kami tidak menetapkan jenis pakaian, hanya warna sahaja. Jadi masing-masing bebas memilih rekaan sendiri asalkan warnanya sama," katanya.

Beliau berkata kebanyakan ahli keluarga tinggal berhampiran dalam kampung sama, sekali gus memudahkan mereka berkumpul dan meraikan Aidilfitri bersama-sama.

"Apabila semua berpakaian sedondon, suasana menjadi lebih meriah dan kami rasa lebih rapat antara satu sama lain. Keseragaman kami mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan sekali gus menjadi kenangan indah yang sentiasa dinantikan setiap kali tibanya Syawal," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad