web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Hakim Besar Malaya Siti Norma Yaakob Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2026 7:56PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Hakim Besar Malaya dan wanita pertama yang memegang jawatan itu, Tan Sri Siti Norma Yaakob, meninggal dunia di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital di sini, petang tadi.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 85 tahun.

Perkara itu disahkan anaknya Meor Amri Meor Ayob, 56, ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata ibunya menghembuskan nafas terakhir pada 1.51 petang akibat pneumonia.

Siti Norma dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada 6 Julai 1940 dan turut mencatat sejarah sebagai wanita pertama di negara ini yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan serta Hakim Mahkamah Persekutuan.

Allahyarham juga merupakan hakim wanita pertama dari Malaysia yang dilantik menyertai Mahkamah Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC) pada 2008.

Jenazah Allahyarham dimandi dan disolatkan di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang pada petang tadi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana sejurus selesai solat jenazah.

Sementara itu, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Yaacob Md Sam menyifatkan arwah sebagai tokoh kehakiman yang banyak menghasilkan penghakiman bermutu tinggi sehingga menjadi kes pendahuluan dalam isu-isu perundangan penting.

"Saya doakan semoga roh Allahyarham Tan Sri Siti Norma mendapat tempat dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh," katanya.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi pula berkata Allahyarham seorang yang baik hati, tegas serta aktif menghadiri majlis perundangan dan berkongsi pengalaman sepanjang penglibatannya dalam bidang tersebut.

"Kali terakhir saya bertemu Allahyarham tahun lepas pada satu majlis perundangan. Saya amat bangga dengan kejayaan dan pencapaiannya kerana beliau merupakan wanita pertama yang menjadi Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad