web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kronologi Kes Skandal Rasuah Pegawai Tertinggi ATM

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2026 11:04AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan isterinya Salwani Anuar hari ini didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur dengan empat pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram.

Muhammad Hafizuddeain turut berdepan dengan dua lagi pertuduhan di Mahkamah Rasuah Shah Alam, Selangor esok, manakala isterinya akan didakwa dengan satu pertuduhan tambahan di Mahkamah Sesyen Jertih, Terengganu pada Isnin depan.

Sementara itu, bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT) Tan Sri Mohd Nizam Jaafar akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah, di sini esok, membabitkan dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, susulan siasatan salah guna kuasa dan siasatan melibatkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT).

Beliau juga akan menghadapi pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409 serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Berikut ialah kronologi melibatkan skandal rasuah pegawai tertinggi ATM:

22 Disember 2025: Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi mendakwa dia mempunyai dokumen forensik yang menunjukkan aliran wang bulanan puluhan ribu ringgit ke dalam akaun seorang pegawai kanan tentera dan ahli keluarganya

23 Disember 2025: SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk menyiasat projek perolehan secara tender terbuka dan perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat sejak 2023.

24 Disember 2025: SPRM merakam keterangan tiga individu dan mempergiatkan siasatan dengan membuat semakan akaun disyaki terbabit rasuah perolehan.

27 Disember 2025: Muhammad Hafizuddeain diarahkan bercuti serta-merta untuk memberikan laluan kepada siasatan tanpa konflik kepentingan.

29 Disember 2025: SPRM menyita enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan Tentera Darat dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan perolehan projek Tentera Darat Malaysia.

8 Januari 2026: Seorang bekas PTD dan dua isterinya direman bagi membantu siasatan kes rasuah.

10 Januari 2026: SPRM menyita aset mewah bernilai lebih RM2.2 juta susulan penggeledahan di sebuah kediaman di Pantai Timur, dipercayai milik isteri kedua kepada bekas pegawai tertinggi tentera darat.

14 Januari 2026: SPRM mengesahkan penahanan seorang lagi pegawai tertinggi ATM untuk membantu siasatan lanjut kes projek tender perolehan tentera darat.

15 Januari 2026: SPRM menahan dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan ATM berikutan dakwaan menerima rasuah daripada beberapa syarikat berkaitan perolehan pembekalan di TKAT dan MINDEF.

19 Januari 2026: SPRM menyerahkan kertas siasatan membabitkan bekas pegawai tertinggi ATM kepada pendakwa raya.

21 Januari 2026: SPRM mengesahkan telah mendapat izin daripada Peguam Negara untuk mendakwa dua bekas pegawai tertinggi ATM.

22 Januari 2026: Muhammad Hafizuddeain dan isterinya Salwani Anuar didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur dengan empat pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 2 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad