web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Maut, 2 Parah Nahas Di Lebuhraya Persekutuan

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2026 8:37PM

Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Dua maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 11.9 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata, kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, dipercayai berlaku apabila sebuah Honda HR-V dinaiki seorang lelaki dan wanita berusia 50 tahun telah melanggar belakang Proton Suprima dipandu wanita berusia 20-an di lorong paling kanan lebuh raya.

Beliau berkata difahamkan ketiga-tiga mangsa telah keluar daripada kenderaan masing-masing, sebelum dirempuh sebuah Mercedes dipercayai tidak sempat mengelak ketika melalui jalan sama.

"Pelanggaran itu mengakibatkan pemandu dan penumpang Honda HR-V maut di tempat kejadian manakala pemandu Proton Suprima serta pemandu Mercedes mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

"Punca kematian kedua-dua mangsa dikenal pasti sebagai head and body injury due to motor vehicle accident dan siasatan lanjut mendapati mangsa lelaki dan wanita yang maut itu bukan pasangan suami isteri, sebaliknya hanya rakan,” katanya. 

Ramsay berkata sampel darah serta air kencing pemandu Mercedes telah diambil untuk ujian kimia dan sehingga kini pihak polis masih menunggu laporan penuh.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Saya nasihatkan orang ramai supaya mencari tempat selamat untuk berhenti jika berlaku kemalangan di lebuh raya atau jalan-jalan utama serta mengelakkan berada di atas jalan raya terutama di lorong paling laju," katanya.

Beliau turut meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar