web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


M’sia Rekod Lebih 67,000 Jenayah Dalam Talian, Rugi Lebih RM2.7 Bilion

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2025 5:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia merekodkan 67,735 kes jenayah dalam talian dari Januari hingga November tahun ini, dengan kerugian kewangan melebihi RM2.7 bilion.

Jurucakap Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman berkata, data terkini Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati penipuan telekomunikasi kekal mencatatkan jumlah tertinggi, membabitkan 28,698 kes.

Menurut beliau, penipuan e-dagang berada di kedudukan kedua dengan 14,881 kes dilaporkan.

“Skim pelaburan tidak wujud terus menyumbang kepada kerugian kewangan paling besar, dengan 9,296 kes direkodkan.

“Turut mencatat jumlah ketara ialah tawaran pinjaman tidak wujud (8,029 kes), jenayah e-kewangan (5,853 kes) dan penipuan cinta (978 kes),” katanya.

Jurucakap itu berkata, kerugian akibat pelaburan tidak wujud pula dicatatkan pada RM1.37 bilion, iaitu yang tertinggi dalam semua kategori. 

“Ia diikuti jenayah telekomunikasi (RM715.7 juta), jenayah e-kewangan (RM458.1 juta), penipuan e-dagang (RM123.7 juta), pinjaman tidak wujud (RM59.1 juta) dan penipuan cinta (RM43.7 juta),” katanya. 

Beliau menarik perhatian, peningkatan mendadak ini menunjukkan trend jenayah siber yang semakin membimbangkan, justeru orang ramai digesa bertindak segera jika mengesyaki diri mereka telah menjadi mangsa.

“Mangsa dinasihatkan segera menghubungi bank untuk menyekat sebarang transaksi mencurigakan.

“Mereka juga digalakkan membuat laporan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) melalui talian hotline 997, selain membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan serta tindakan susulan dijalankan,” katanya. – Getaran, 8 Disember 2025

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 36 minit yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad