web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penuntut UniKL Lemas Di Kawasan Rekreasi 

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2025 7:16PM

Gambar JBPM Kedah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang penuntut lelaki Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Cawangan Kulim ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus sungai yang deras ketika sedang mandi bersama-sama tiga lagi rakannya di kawasan Rekreasi Lubuk Buluh Sungai Sedim, dekat Kulim hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Zulkifli Azizan berkata mayat Nor Airil Hazimi Mansur, 21, dari Kelantan itu dijumpai kira-kira 800 meter (m) dari lokasi awal mangsa mandi bersama dengan rakan-rakannya.

"Siasatan awal mendapati mangsa dan rakan-rakannya datang untuk mandi di kawasan rekreasi itu pada 8.30 pagi. Semasa sedang mandi, mangsa telah dihanyutkan air sungai dan rakan-rakannya cuba menyelamatkan mangsa, tetapi arus yang deras terus menenggelamkan dan menghanyutkan mangsa.

"Rakan mangsa kemudiannya telah meminta bantuan daripada penduduk kampung. Pada 12.30 tengah hari, mayat mangsa telah berjaya ditemukan sebelum dibawa naik ke tebing sungai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata proses pengecaman awal mayat telah dilakukan oleh rakan mangsa sebelum mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.29 pagi sebelum tiba di lokasi kira-kira 40 minit kemudian.

"Sebanyak lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech telah ke lokasi kejadian. Laporan awal yang diperoleh mendapati mangsa yang berusia 21 tahun sedang mandi bersama-sama tiga lagi rakannya sebelum dilaporkan lemas.

"Mangsa kemudiannya telah dijumpai oleh anggota bomba dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad