web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cederakan Anggota Polis, 3 Penjenayah Ditembak Mati

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2025 7:00PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Tiga penjenayah ditembak mati selepas seorang daripada mereka melibas parang terhadap seorang anggota polis di sebuah ladang sawit Durian Tunggal, Alor Gajah, pagi tadi.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi menyebabkan anggota polis berpangkat koperal, berusia awal 30-an, cedera parah di lengan kiri.

"Kesemua suspek lelaki berusia antara 24 dan 29 tahun daripada Geng Durian Tunggal itu dikesan dalam perjalanan untuk menyamun sebuah premis sebelum terserempak pasukan polis yang menjalankan Op Casa Melaka.

"Semasa cubaan menahan penjenayah itu, seorang suspek bertindak agresif dengan melibas parang terhadap anggota polis," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata polis terpaksa melepaskan tembakan terhadap ketiga-tiga suspek bagi mempertahankan diri.

Beliau berkata kesemua suspek merupakan warga tempatan, dua daripadanya berusia 29 dan 24 tahun, manakala seorang lagi masih dikenal pasti kerana tidak membawa kad pengenalan.

"Geng Durian Tunggal aktif melakukan jenayah sejak 2024, membabitkan 20 kes di Melaka serta satu kes di Negeri Sembilan dan selangor, dengan kerugian RM1.35 juta. 

“Suspek 29 tahun mempunyai 39 rekod jenayah lampau, manakala suspek 24 tahun mempunyai 12 rekod lampau," katanya.

Modus operandi geng ini ialah memarkir kenderaan dalam ladang kelapa sawit dan berjalan kaki sebelum menyamun rumah, kedai, dan kilang.

Beliau berkata polis merampas tiga bilah parang, satu pemotong jeriji, tiga topeng muka dan tiga pasang sarung tangan, manakala anggota polis yang cedera kini dirawat di Hospital Melaka.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Op Casa Melaka dilaksanakan sejak sebulan lalu susulan peningkatan kes samun di negeri ini," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 3 hari yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Politik 3 hari yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad