web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bot Karam: PDRM Kerjasama Dengan Interpol, ASEANAPOL Kesan Sindiket

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2025 1:58PM

Tragedi bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini meragut nyawa 29 pendatang asing tanpa izin - Gambar APMM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) dan Polis ASEAN (ASEANAPOL) bagi mengesan sindiket yang dikatakan terbabit dengan insiden bot membawa migran karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand, baru-baru ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata berdasarkan maklumat awal diperolehi, pihaknya percaya sindiket tersebut beroperasi di beberapa negara jiran selain di Malaysia.

"Dalam PDRM kita mempunyai unit khas Bahagian D3 (Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran - ATIPSOM) di bawah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dan ada kolaborasi dengan Interpol (serta) Polis ASEAN.

"Kita akan kongsi maklumat atau butiran yang diperolehi untuk cuba mengesan sindiket yang beroperasi di negara-negara jiran dan lihat bagaimana perkembangan seterusnya," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Adzli Abu Shah - Gambar BERNAMA
Adzli Abu Shah - Gambar BERNAMA

Adzli berkata berdasarkan soal siasat terhadap mangsa terselamat dalam insiden itu, mereka mendakwa dikumpulkan di lima lokasi antara Buthidaung dan Teknaf berhampiran sempadan Bangladesh dan Myanmar untuk menaiki kapal diuruskan sindiket.

Beliau berkata modus operandi digunakan sindiket itu ialah mengumpulkan sebanyak mungkin penumpang untuk dimuatkan dalam kapal dalam kapasiti maksimum sebelum berlayar.

"Kapal ini berlabuh di satu terusan antara dua negara tersebut dan hanya akan berlayar selepas cukup (penumpang) dengan kapasiti maksimum iaitu dalam kes ini, lebih kurang 300 orang. Jadi pelayaran itu sebenarnya mengambil masa lebih kurang dua minggu sahaja," katanya.

Adzli berkata mangsa turut mendakwa bayaran kepada sindiket hanya dilakukan oleh ahli keluarga selepas sampai ke negara ini.

Selain itu, beliau berkata polis turut menemukan beberapa catatan termasuk nombor telefon daripada mangsa terselamat yang disyaki berkaitan dengan ejen sindiket.

Dalam pada itu, beliau berkata soal siasat dan kawad cam terhadap 14 mangsa terselamat mengesahkan mereka sebagai migran dan bukan ahli atau ejen sindiket.

Mangsa terselamat mendakwa terdapat lima individu dipercayai ahli sindiket mengendalikan kapal induk, sebelum mereka dipindahkan ke dua bot lebih kecil ketika sampai di perairan sempadan Malaysia-Thailand dan meneruskan pelayaran sendiri.

Insiden bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand, dekat Langkawi yang dikatakan membawa lebih 70 pendatang tanpa izin setakat ini mengorbankan 29 nyawa sementara 14 lagi ditemukan selamat. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 14 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar