web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suspek Tetak Kepala Abang Ipar Sehingga Putus Enggan Terima Rawatan Psikiatri

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2025 8:20PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang lelaki yang menetak kepala abang iparnya sehingga putus di Kampung Pida 3, Jerlun Jumaat lepas, dipercayai enggan menerima rawatan psikiatri sejak lima bulan lepas.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata suspek juga dikatakan enggan memakan ubat yang diberikan kepadanya, menyebabkan suspek mengalami halusinasi sebelum bertindak menyerang mangsa.

"Suspek memang ada kad rawatan (psikiatri), tetapi dia enggan terima rawatan dalam empat, lima bulan lepas. Jadi, perkara ini mungkin menyebabkan suspek mengalami halusinasi yang dia ada berprasangka buruk terhadap mangsa sedangkan perkara itu tidak benar.

"Pihak keluarga juga ada maklumkan, suspek sebelum ini turut menerima rawatan di Hospital Alor Setar selepas mengalami kemurungan sejak 2021 semasa pandemik COVID-19," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan dan suspek kini dalam tahanan reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Selepas habis reman nanti kita akan tuduh suspek kalau tiada sebarang masalah," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki berusia 45 tahun maut dipercayai ditetak oleh adik iparnya yang berumur 38 tahun sehingga menyebabkan kepalanya terpisah daripada badan akibat terputus pada bahagian leher. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad