web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Eksploitasi Kanak-Kanak Dalam Talian, 31 Individu Ditahan

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2025 7:10PM

Rampasan bahan mengandungi bahan pornografi kanak-kanak dan dewasa untuk Op Pedo 2.0 meningkat empat kali ganda berbanding Op Pedo 1.0 - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu rangkaian utama eksploitasi kanak-kanak dalam talian, susulan penahanan 31 individu dan rampasan lebih 880,000 fail digital mengandungi bahan pornografi kanak-kanak (CSAM) serta bahan lucah dewasa dalam satu operasi besar-besaran di seluruh negara.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, operasi bersepadu itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui ‘Op Pedo Bersepadu PDRM–SKMM 2.0’, bagi membanteras penularan bahan CSAM di pelbagai platform digital.

“Jenayah ini semakin membimbangkan kerana ia bukan sahaja mengancam keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak, malah boleh menggugat keharmonian masyarakat serta berpotensi mencetuskan tingkah laku jenayah ganas yang mengancam keselamatan negara,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Operasi yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), SAC Siti Kamsiah Hassan itu dilaksanakan dari 22 hingga 30 September di 37 lokasi seluruh negara, membabitkan 206 pegawai dari 14 kontinjen polis dan SKMM.

Daripada 37 sasaran, 31 suspek lelaki berusia antara 12 hingga 71 tahun ditahan, terdiri daripada guru, jurutera, pereka grafik, tukang masak, pelajar dan individu tidak bekerja. 

Enam daripada semua yang ditahan itu adalah remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

“Sebanyak 17 suspek telah didakwa di mahkamah antara 24 September hingga 10 Oktober, manakala 14 lagi dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Mohd Khalid Ismail  - Gambar fail
Mohd Khalid Ismail - Gambar fail

Turut dirampas ialah 82 peranti digital termasuk komputer, telefon bimbit, modem dan alat storan data. 

Pemeriksaan awal mendapati lebih 880,000 fail digital mengandungi bahan lucah kanak-kanak dan dewasa, iaitu peningkatan 20 kali ganda berbanding 40,000 fail yang dirampas semasa Op Pedo 1.0 pada Disember 2024.

Sebanyak 29 kertas siasatan telah dibuka di bawah pelbagai peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 8 dan 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Daripada jumlah itu, 15 kes telah didakwa melibatkan 17 individu, dengan 15 tertuduh mengaku bersalah dan dikenakan denda antara RM1,000 hingga RM10,000, manakala dua lagi memilih untuk dibicarakan.

Siasatan mendapati suspek menggunakan pelbagai platform seperti Telegram, WhatsApp, Facebook, Instagram, Tumblr, dark web serta storan awan untuk memuat naik dan mengedar bahan lucah kanak-kanak.

“Ada antara mereka bertindak sebagai pentadbir kumpulan Telegram, menawarkan akses berbayar kepada bahan CSAM melalui transaksi e-dompet dan kod QR, menunjukkan unsur komersial yang semakin tersusun dan berasaskan keuntungan,” jelas Mohd Khalid.

Tegasnya lagi, PDRM akan terus bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan antarabangsa bagi menentang jenayah eksploitasi kanak-kanak di ruang siber, sambil menggesa orang ramai untuk terus melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan dalam talian. - Getaran,  24 Oktober 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad