web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rogol Rakan Sekolah: 2 Pelajar Didakwa Di Mahkamah

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2025 8:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Dua daripada empat pelajar lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah dua minggu lepas, didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak di sini hari ini.

Kedua-dua tertuduh berusia 17 tahun yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berdepan tiga pertuduhan melibatkan kesalahan merogol secara berkumpulan, melakukan persetubuhan bertentangan tabii dan amang seksual fizikal.

Bagaimanapun, hanya seorang daripada tertuduh membuat pengakuan bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan manakala seorang lagi tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka secara bersama didakwa di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana secara berkumpulan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Mereka berdepan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara hingga 20 tahun dan sebatan.

Sementara untuk pertuduhan ketiga, tertuduh masing-masing didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman sama.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di dalam kelas di sebuah sekolah di Alor Gajah pada 30 September lepas, kira-kira 2.50 petang.

Proses pendakwaan yang dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Datuk Ahmad Sazali Omar mencadangkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan terhadap setiap tertuduh memandangkan kes berkenaan adalah serius.

Bagaimanapun, tertuduh pertama yang tidak mengaku salah, dan diwakili peguam Chua Yong Yi memohon jaminan rendah atas faktor anak guamnya itu mengalami masalah kesihatan disebabkan baru selesai menjalani pembedahan sinus selain menghidap penyakit hernia (angin pasang).

Tertuduh kedua yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan turut memohon jaminan rendah serta bersedia menerima sebarang syarat yang ditetapkan oleh mahkamah.

Majistret Dr Teoh Shu Yee kemudian membenarkan mereka diikat jamin RM4,000 bagi pertuduhan pertama dan masing-masing RM1,500 bagi pertuduhan kedua dan ketiga, menjadikan jumlah jaminan RM7,000.

Mahkamah menetapkan 26 November depan sebagai tarikh sebutan serahan dokumen bagi tertuduh pertama dan laporan akhlak bagi tertuduh kedua sebelum menjatuhkan hukuman.

Pada 11 Oktober lepas, empat pelajar lelaki direman enam hari selepas disyaki merogol mangsa secara bergilir-gilir di dalam sebuah kelas di sebuah sekolah di Alor Gajah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Politik 3 hari yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad