web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zara Qairina Ditemui Tidak Sedarkan Diri, Tengkuk Berdarah

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2025 3:00PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini, yang dia menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang di dalam longkang dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tengkuknya berdarah, kira-kira 3 pagi pada 16 Julai lepas.

Linah Mansoding @ Jaliha, 65, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar sejak 1 Julai 2012 berkata pada hari kejadian kira-kira 2 pagi, dia membuat rondaan di asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah dan mendapati tiada sebarang insiden luar biasa berlaku.

"Saya kemudian bergerak ke blok asrama bersebelahan, iaitu Blok Sumayyah yang merupakan asrama perempuan untuk membuat rondaan seterusnya," katanya yang bertugas dari 8 malam pada 15 Julai hingga 8 pagi, 16 Julai lepas.

Linah berkata kira-kira 3 pagi, semasa berada di asrama Blok Sumayyah, dia dimaklumkan oleh seorang pelajar ada seorang pelajar perempuan pengsan di longkang berhampiran Blok Rabiatul Adawiyah.

Wanita berkenaan berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya di hadapan Koroner Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan pada hari kelima prosiding inkues berhubung kematian remaja itu.

"Saya terus bergegas ke asrama berkenaan dan mendapati seorang pelajar perempuan yang dikenali sebagai Zara terlentang di dalam longkang asrama dalam keadaan tidak sedarkan diri," kata warga emas berkenaan.

Saksi keenam itu berkata dia kemudian segera menghubungi Ketua Warden Asrama Azhari Abd Sagap, dan memaklumkan mengenai kejadian tersebut, sebelum mengambil sekeping gambar mangsa dalam keadaan terlentang di dalam longkang.

"Setelah Ustaz Azhari sampai di lokasi kejadian, beliau segera menghubungi pihak hospital, dan ambulans tiba kira-kira 4 pagi. Pelajar tersebut telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk menerima rawatan," kata Linah.

Wanita itu juga mengesahkan bahawa tiada sebarang kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di blok asrama berkenaan, dan tiada palang besi di koridor bangunan asrama berkenaan.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, saksi berkata gambar mangsa yang diambil menggunakan telefon bimbitnya dihantar kepada empat guru dan ketua warden menerusi aplikasi WhatsApp.

Telefon itu kemudian diambil oleh pihak polis pada hujung Julai lepas untuk membantu siasatan kes.

Semasa disoal peguam Shahlan Jufri yang mewakili keluarga Zara Qairina, saksi berkata dia mengetahui mangsa ialah Zara Qairina kerana "memang sudah biasa dengan budak-budak di sana".

Shahlan: Tadi, puan ada cakap seorang pelajar memberitahu mengenai kejadian itu. Boleh beritahu apa yang dia katakan?

Linah: Budak itu cakap, "Aunty, aunty, ada budak pengsan... saya pergi dekat tapi saya tak mahu pegang (mangsa) ... saya takut... dia tidak sedarkan diri tapi masih bernafas."

Beliau berkata ketika kejadian, kesemua pelajar di asrama masih tidur. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar