web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Zara: Fokus Siasatan Kini Tumpu Elemen Jenayah Termasuk Buli - PDRM

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2025 8:29PM

Zara Qairina Mahathir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan kes kematian pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar, Sabah yang sebelum ini diklasifikasi sebagai kematian mengejut kini akan menjurus kepada elemen jenayah termasuk kesalahan buli.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata hal itu merupakan antara dua dapatan pasukan khas jabatan berkenaan membabitkan sembilan pegawai dan anggota yang dihantar ke Sabah pada 11 Ogos lepas untuk menyiasat kes tersebut.

Terdahulu, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan telah memutuskan untuk mengadakan prosiding inkues bernubung kematian Zara Qairina Manathir, 13, selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia.

Menurut AGC, inkues itu selaras dengan Subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dengan tujuan utama untuk menentukan punca dan sebab kematian Zara Qairina.

Kumar berkata laporan bedah siasat telah mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan otak teruk berikutan kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak yang berpunca daripada mangsa jatuh, sama seperti diagnosis awal bagi kematiannya sebelum ini.

Beliau berkata setakat ini, seramai 82 saksi telah diambil keterangan dengan sebahagian daripada mereka dipanggil semula untuk memberi keterangan lanjut dan antara fokus siasatan untuk mengetahui apa yang berlaku kepada Zara Qairina sebelum beliau jatuh.

"Polis turut melaksanakan intervensi psikologi melibatkan 124 pelajar di SMKA Tun Datu Mustapha yang dikenal pasti mengalami trauma akibat insiden tersebut bagi memulihkan keyakinan mereka," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Kumar turut menegaskan bahawa tiada unsur cover up dalam siasatan.

Beliau berkata pihaknya juga sedang menyiasat penularan berita palsu di media sosial berkaitan kes itu termasuk dakwaan mangsa dimasukkan ke dalam mesin basuh dan seorang wanita berusia 39 tahun telah ditahan di Rawang mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Sehingga kini, 15 kertas siasatan dibuka berkaitan penyebaran berita tidak sahih yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan proses siasatan," katanya.

Jumaat lepas, AGC mengarahkan agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.

AGC memutuskan demikian selepas berpendapat wujud keperluan untuk siasatan lanjut oleh pihak polis demi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Berikutan itu, pada 9 Ogos, kubur remaja berkenaan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang di Sabah digali semula dan jenazahnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat sebelum dikebumikan semula dua hari lepas di tanah perkuburan sama.

Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai selepas dimasukkan ke hospital setelah dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Papar pada 4 pagi 16 Julai. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

2

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar