web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Lelaki Disyaki Penjenayah Maut Selepas Berbalas Tembakan Dengan Polis

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2025 5:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JITRA - Dua lelaki disyaki penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini, pada 8.05 pagi tadi.

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata sebelum kejadian, anggota polis yang sedang menjalankan rondaan di sekitar kawasan itu terserempak dengan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda yang dipandu dalam keadaan mencurigakan lalu mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan.

"Suspek yang tidak memberikan kerjasama kemudiannya melepaskan tembakan ke arah kenderaan polis sehingga berlaku berbalas tembakan dan menyebabkan kedua-dua lelaki itu maut di dalam kenderaan di lokasi kejadian.

"Pemeriksaan di dalam kenderaan itu telah menemukan dua pucuk pistol jenis revolver dan separa automatik, beberapa butir peluru hidup, sebilah parang dan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan jenayah mereka," katanya pada sidang media di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata seorang daripada suspek yang berusia 41 tahun mempunyai lebih 40 rekod jenayah lampau manakala identiti seorang lagi lelaki masih belum diketahui berikutan tiada pengenalan diri.

"Kita percaya mereka terlibat dalam satu kumpulan besar yang melakukan jenayah kekerasan di seluruh negara, antaranya melibatkan kes pengedaran dadah, gangsterisme, pecah kilang dan samun.

Kumpulan ini dipercayai mulai aktif sejak 2020.

"Setakat ini, Unit Foresik telah menjumpai tiga kelongsong peluru di lokasi kejadian dan mayat kedua-dua suspek dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat," katanya dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Fadil Marsus yang turut ke lokasi kejadian berkata kedua-dua lelaki itu dipercayai sebahagian daripada kumpulan yang terlibat dengan pelbagai jenayah berat.

"Kita sedang siasat sama ada suspek-suspek ini terlibat dengan kumpulan penjenayah di Klang, Selangor. Kumpulan berkenaan dipercayai mempunyai lebih 30 ahli dan polis akan mengambil tindakan lebih agresif," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad