web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas Pelajar UPSI: Pemandu Bas Mohon Maaf Kepada Keluarga Mangsa 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2025 6:04PM

Ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan atas kehilangan anak kesayangan mereka - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan tragis mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, awal pagi semalam memohon maaf kepada semua pelajar dan keluarga mangsa terlibat.

Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39, berkata kejadian itu berlaku akibat kegagalan sistem brek yang menyebabkannya hilang kawalan sehingga bas terbabit merempuh besi penghadang jalan.

"Bas berada dalam keadaan baik sewaktu memulakan perjalanan, namun secara tiba-tiba, ketika melalui jambatan lintasan gajah di Gerik, brek tidak berfungsi dan gear juga tidak dapat ditukar.

"Saya memulakan kerjaya sebagai pemandu bas pada 2016 dan kejadian ini ialah kali pertama terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pemandu bas itu amat kesal dengan insiden yang berlaku serta menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak berkuasa.

Ketika ini, Mohd Amirul sedang menunggu untuk menjalani pembedahan tangan kiri yang patah akibat kemalangan itu, di Hospital Taiping, Perak.

Dalam pada itu, dia turut menafikan khabar angin mengenai kematian kelindan bas, Samsudin Hamat, 50-an, yang juga bapa saudaranya.

"Berita yang mengatakan beliau telah meninggal dunia adalah tidak benar kerana dia sedang menerima rawatan di Hospital Taiping," katanya.

Dalam kejadian awal pagi semalam, 15 penuntut UPSI maut apabila bas yang dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan di KM53 JRTB, berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Bas yang disewa khas oleh pelajar itu berlepas dari Jertih, Terengganu pada 9 malam Ahad dan sedang dalam perjalanan ke kampus universiti di Tanjung Malim, Perak sebelum terlibat dalam kemalangan itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar