web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Tambah Baik Aplikasi Selangkah, Beri Lebih Manfaat Kepada Pengguna

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2021 5:04PM

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Aplikasi Selangkah yang dibangunkan kerajaan negeri Selangor ditambah baik bermula hari ini, bagi membolehkan penggunaannya mencapai keupayaan maksimum dalam membantu pengguna. 

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Selangkah kini dilengkapi pelbagai perincian, termasuk sistem pra-daftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19. 

Perincian dikenali sebagai  ‘register and sign up for your vaccine pack’ ataupun RSVP itu diperkenalkan bagi memudahkan penyampaian vaksin Covid-19 secara lebih teratur kepada penduduk negeri Selangor. 

“Selangkah akan terus diperkasakan untuk memberi respon lebih efektif dan komprehensif  bagi membantu rakyat menempuh serta menangani musibah COVID-19,” katanya pada sesi pelancaran Selangkah secara maya hari ini. 

Aplikasi yang dibangunkan oleh Selgate Corporation, sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor itu (PKNS) diperkenalkan sejak 5 Mei tahun lalu, ketika negara mula bergelut dengan wabak COVID-19. 

Selangkah membolehkan pengguna melakukan semakan risiko pendedahan, trend dan log pengunjung di mana-mana premis yang memiliki kod bar aplikasi berkenaan atau MySejahtera. 

Mengulas lanjut Amirudin berkata, penggunaan aplikasi terbabit juga membolehkan semakan keputusan ujian saringan COVID-19 dihantar terus kepada pengguna dalam tempoh dua jam selepas diproses. 

“Pembayaran bil elektrik , air dan internet juga boleh dibuat menerusi penggunaan Selangkah,” katanya. 

Amirudin berkata, Selangkah turut bekerjasama dengan Pasukan Pencegahan COVID-19 Selangor bagi melancarkan inisiatif dikenali sebagai Pencegahan dan Pengesanan Wabak di Kawasan Titik Panas. 

“Program ini disasarkan untuk golongan majikan terutamanya dari sektor industri dan pengilangan yang melibatkan tenaga kerja warga tempatan serta tenaga kerja asing,” kata Amirudin. 

Selangkah boleh dimuat turun melalui aplikasi Google Playstore bagi pengguna telefon pintar Android dan Appstore untuk pengguna iPhone. – Getaran, 9 Februari 2021 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

2

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar