web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Warga Singapura Ditemukan Maut Di ‘Homestay’ Di Cheras

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2025 5:41PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua warga Singapura ditemukan mati di sebuah inap desa (homestay) di Cheras di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara berkenaan pada 12.53 tengah hari memaklumkan seorang lelaki berusia 43 tahun dan seorang wanita berusia 33 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik di sebuah inap desa di Jalan Nadchatiram, Taman Taynton View, Cheras oleh pekerja inap desa itu.

Beliau berkata pemeriksaan polis terhadap mayat kedua-dua individu itu mendapati tiada sebarang kecederaan luaran pada bahagian badan mereka selain lengkap berpakaian dan tiada sebarang unsur jenayah.

Keadaan kedua-dua mayat juga katanya, telah mulai mereput dan berbau busuk.

"Pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan tempat mayat ditemukan mendapati penyaman udara telah dibalut dengan plastik sampah berwarna biru dan tingkap ditutup dengan plastik sampah yang ditampal dengan pita pelekat.

"Pemeriksaan juga mendapati terdapat sisa arang yang telah dibakar di dalam bekas pemanggang dan terdapat dadah disyaki jenis ketamin di dalam piring di bilik berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aidil berkata pihaknya telah merakamkan keterangan seorang pekerja wanita inap desa berkenaan yang memaklumkan pada 11 pagi dia mendapati pintu hadapan inap desa didiami warga Singapura itu berkunci dan kasut kepunyaan kedua-dua individu berkenaan masih berada di situ.

Menurut Aidil, wanita berkenaan kemudian mengetuk pintu beberapa kali, tetapi tiada jawapan sebelum menghubungi pengurus inap desa bagi memaklumkan perkara terbabit.

"Pengurus itu kemudian mengarahkan pekerja itu membuka pintu hadapan dengan kunci pendua, apabila dia masuk ke dalam rumah itu, didapati penyaman udara, kipas siling dan televisyen dalam keadaan terpasang di ruang tamu.

"Wanita itu kemudian pergi ke bilik ketiga di inap desa berkenaan dan mendapati terdapat pelekat di sekeliling pintu manakala tingkap ditutup dengan plastik kanvas. Dia telah mengetuk pintu bilik beberapa kali, namun tiada jawapan, dan pintu juga sukar dibuka kerana dihalang oleh pita pelekat.

"Kemudian, pekerja itu membuka tingkap bilik dan terlihat kedua-dua si mati dalam keadaan terbaring di atas katil tidak sedarkan diri serta keadaan di dalam bilik berbau busuk," katanya dan menambah pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati tiada liputan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Aidil berkata Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM) yang berada di lokasi telah mengesahkan kematian kedua-dua individu berkenaan pada 2.22 petang dan mayat dihantar ke HCTM untuk bedah siasat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Pemandu MPV Selamat, Terima Kasih Abang Polis

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lelaki Melecur, 12 Motosikal Rosak Akibat Letupan Disyaki Kebocoran Gas

4

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Anwar Solat Jumaat Bersama Rakyat Di Cheras

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad