web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas FRU: Masih Tiada Pihak Bayar Jaminan, Pemandu Lori Kekal Di Lokap - Polis

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2025 5:33PM

Zulkafli Sariaat - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Masih tiada pihak tampil membayar jaminan untuk pemandu lori yang didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), setakat hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata sehubungan itu, Rudi Zulkarnain Md Radi, 45, akan terus ditempatkan di lokap Batu Gajah hingga tarikh sebutan semula kes ditetapkan mahkamah iaitu pada 17 Jun depan.

"Jaminan kepada pemandu lori sebanyak RM6,000 dan beliau tidak dapat bayar, kita juga tidak menerima sebarang bayaran daripada pihak lain setakat ini," katanya ditemui ketika hadir ke Hospital Teluk Intan (HTI) di sini hari ini.

Terdahulu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat melawat dan menyantuni anggota FRU yang dirawat di HTI akibat kemalangan pada Selasa lepas.

Semalam, Mahkamah Majistret Teluk Intan menetapkan jaminan RM6,000 terhadap pemandu lori tersebut selepas dia dituduh memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU berkenaan.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua tuduhan berkenaan. 

Media hari ini melaporkan terdapat netizen di media sosial berhasrat membayarkan wang jaminan terbabit.

Dalam pada itu, Zulkafli berkata saksi yang mendakwa melihat pemandu lori cuba mengelak sebuah kenderaan di lokasi kejadian masih belum tampil bagi membantu siasatan.

"Sekiranya ada, pihak polis akan menerusan siasatan susulan bagi tujuan perbicaraan," katanya.

Beliau berkata setakat ini seramai 16 saksi telah dipanggil untuk diambil keterangan. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran