web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sekat Import Cecair Vape Luar Negara, Beri Ruang Peniaga Tempatan - Shahabudeen

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2025 7:48PM

‘Magic Mushroom Vape’ yang boleh membuatkan pengguna khayal ini dijual secara berleluasa di media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sekali lagi digesa mempertimbang kemungkinan menyekat atau mengharamkan sepenuhnya pengimportan cecair vape.

Ketua Pegawai Eksekutif Nanostix Innovations Sdn Bhd, Shahabudeen Jalil berkata, langkah lebih tegas diperlukan bagi menyekat produk berasaskan cecair vape luar negara, yang mengandungi bahan terlarang atau berbahaya.

Menurut beliau, sekatan seumpama itu juga mampu mengawal lambakan produk tidak berdaftar di pasaran, sekali gus memberi ruang kepada pengusaha tempatan yang mematuhi peraturan untuk berkembang secara lebih bertanggungjawab. 

“Kami melihat langkah ini sejajar dengan hasrat kerajaan memperkukuh penguatkuasaan dan melindungi kesihatan awam, khususnya generasi muda yang semakin terdedah kepada penggunaan vape secara meluas,” katanya kepada Getaran di sini. 

Shahabudeen menyatakan demikian ketika mengulas tindakan beberapa kerajaan negeri yang mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik, walaupun Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam (Akta 852) telah diluluskan di peringkat Persekutuan untuk mengawal selia industri ini secara sah.

Shahabudeen Jalil
Shahabudeen Jalil

Mengulas lanjut beliau berkata, langkah yang sepatutnya diambil pihak berkaitan ialah mencegah atau membasmi penyeludupan dan penyalahgunaan dadah yang berselindung di sebalik penjualan cecair vape.

“Mengharamkan vape secara menyeluruh hanya akan melemahkan industri sah dan menyuburkan pasaran gelap. Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar, tetapi cari punca sebenar dan atasi dengan bijak,” katanya, kesal. 

Jelas Shahabudeen, kerajaan negeri dalam hal ini perlu memperkukuhpenguatkuasaan undang-undang sedia ada, termasuk pemantauan terhadap penyeludupan dadah berbahaya.

“Mereka juga perlu memastikan kawalan bahan mentah diutamakan kepada produk tempatan bagi memastikan kualiti dan keselamatan pengguna.

“Bagi memastikan isu ini ditangani secara holistik, mereka wajar mengadakan libat urus yang telus dengan industri, sebelum membuat keputusan yang memberi kesan besar kepada ekosistem ekonomi tempatan,” katanya. 

Beliau menarik perhatian, langkah diambil beberapa kerajaan negeri itu telah mengundang kekeliruan, bukan sahaja kepada pemain industri, tetapi juga dalam kalangan pengguna. 

“Di satu pihak, Kerajaan Persekutuan telah menyeru kepada pengawalseliaan yang lebih baik tetapi pada masa yang sama berlakunya tindakan pengharaman penuh di peringkat kerajaan negeri.

“Perkara ini menimbulkan persoalan seolah-olah kerajaan negeri menidakkan kebijaksanaan perundangan dan peraturan yang telah di buat di peringkat Kerajaan Persekutuan,” katanya. 

Nanostix yang bertapak sejak 2018 tidak pernah gagal mematuhi semua peraturan ditetapkan kerajaan
Nanostix yang bertapak sejak 2018 tidak pernah gagal mematuhi semua peraturan ditetapkan kerajaan

Sebagai jenama vape tempatan yang telah beroperasi sejak 2018, Nanostix katanya, telah mematuhi segala peruntukan perundangan sedia ada, justeru tindakan terbabit perlu disemak dengan lebih menyeluruh agar tidak berlakunya kekeliruan.

“Isu sebenar yang perlu diberi perhatian ialah penyalahgunaan vape oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan memasukkan atau menyeludup masuk bahan terlarang seperti 'Vape Magic Mushroom' ke Malaysia.

“Vape terlarang itu kini dijual secara terbuka di pelbagai platform media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dan ia bukannya dijual oleh syarikat tempatan yang sah,” katanya. - Getaran, 12 Mei 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Haramkan Penjualan Vape ‘Open Pod’, Mudah Diisi Bahan Terlarang

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Haramkan Cecair Vape Import, Tingkatkan Penguatkuasaan Di Premis Jualan - Nanostix

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad