web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ada Kesan Darah Di Bilik Dan Bilik Air Rumah Zayn Rayyan - Pegawai Penyiasat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2025 10:03PM

Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu terdapat kesan darah di bilik dan dalam bilik air rumah Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, semasa pasukan forensik melakukan proses luminol (mendapatkan tindak balas kesan darah) di rumah kanak-kanak autistik itu di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, dua tahun lepas.

Asisten Supritendan Mohd Hafizee Ismail, 38, yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai penyiasat kanan jenayah di lbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berkata, pada 9.30 malam 9 Disember 2023, beliau bersama pasukan forensik pergi ke lokasi kejadian dan melakukan proses itu di rumah si mati, dan beberapa rumah dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Disoal Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin apa dimaksudkan dengan proses luminol, Mohd Hafizee berkata proses luminol bertujuan untuk mendapatkan tindak balas kesan darah yang berada di sesuatu tempat kejadian.

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan pada perbicaraan hari ke-17 kes pengabaian dihadapi ibu bapa Zayn Rayyan, iaitu Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Bagaimanapun, saksi pendakwaan ke-28 itu tidak menjelaskan kepada mahkamah pemilik darah yang dikesan di bilik berkenaan.

Mohd Hafizee berkata hasil siasatannya mendapati terdapat kesan darah di bilik di rumah si mati, selain ada kesan darah atau asid deoksiribonukleik (DNA) di dalam bilik air berkenaan.

"Saya ada merakam percakapan Ismanira dan hasil keterangan daripada tertuduh menyatakan si mati pernah berdarah di bahagian hidung dan kebiasaannya si mati akan mencalit kesan hingus atau hidung yang berdarah di kawasan dinding di dalam bilik atau di dalam rumah.

"Selain itu, Ismanira juga menyatakan si mati pernah berdarah disebabkan terkena pisau cukur di dalam bilik air, namun DNA atau darah ditemui dalam billk air tersebut adalah milik Zaim Ikhwan sebagaimana dalam laporan kimia," katanya yang kini bertugas sebagai Pegawai Risikan Operasi di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan.

Ismanira dan Zaim Ikhwan, yang berumur 30 tahun, didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai sehingga kawasan sungai berdekatan antara 12 tengah hari 5 Disember hingga 9.55 malam 6 Disember 2023.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 6 Disember 2023, mayat Zayn Rayyan ditemukan di aliran anak sungai berhampiran rumahnya selepas dilaporkan hilang sehari sebelum itu.

Perbicaraan bersambung 2 petang esok. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar