web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Op Cyber Guardian: 4 Ditahan, Miliki Lebih 50,000 Bahan Penganiayaan Seksual Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2025 8:25PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat individu termasuk seorang penjawat awam ditahan manakala lebih 50,000 bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dirampas dalam Op Cyber Guardian yang dijalankan antara 24 Februari hingga 28 Mac lepas di beberapa lokasi di Selangor dan Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi berkenaan dijalankan secara bersepadu dengan pihak berkuasa beberapa negara termasuk Jepun, Hong Kong, Korea Selatan, Thailand dan Singapura.

"Di Malaysia, operasi dilakukan di Kajang, Ampang Jaya, Petaling Jaya serta Shah Alam di Selangor dengan empat tangkapan dilakukan termasuk melibatkan seorang penjawat awam, manakala di Pulau Pinang di kawasan Timur Laut.

"Operasi melibatkan 46 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta bantuan teknikal Unit Anjing Pengesan K9 PDRM bagi tujuan mengesan peranti elektronik.

Beliau berkata individu ditahan berusia lingkungan 26 hingga 49 tahun dan mereka bekerja sebagai akauntan, pereka web dan 'protege' di sebuah syarikat telekomunikasi.

Ayob Khan berkata siasatan awal mendapati kesemua individu berkendan menggunakan peranti elektronik secara dalam talian bagi mengakses dan mendapatkan bahan CASM secara rakan ke rakan (p2p) sebelum berkongsi bahan itu melalui kumpulan Telegram, selain turut menyimpannya untuk diri sendiri.

Beliau berkata kebanyakan bahan pornografi CASM terbabit dimuat turun dan disimpan dalam peranti elektronik seperti cakera keras, telefon bimbit, komputer, komputer riba dan tablet.

"Kes disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Kanun Keseksaan dan undang-undang lain yang berkuat kuasa.

"Empat kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 bagi kesalahan mengakses CASM dan Seksyen 293 Kanun Keseksaan bagi kesalahan memiliki bahan-bahan lucah," katanya.

Ayob Khan berkata seorang daripada suspek telah dituduh di Petaling Jaya baru-baru ini bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan didenda RM3,000 setelah mengaku bersalah atas kesalahan itu, namun suspek masih akan dituduh di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 

"Di Shah Alam, seorang lagi suspek didenda RM6,000 setelah mengaku bersalah di bawah seksyen yang sama, manakala dua lagi kertas siasatan masih menunggu laporan forensik," katanya.

Sebelum ini, Ayob Khan memaklumkan secara keseluruhan, operasi melibatkan enam negara itu berjaya menahan 435 individu yang terlibat dalam jenayah mengedar bahan CASM bermula 24 Februari hingga 28 Mac. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar