web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vaksin Kepada Media Akan Diperluas Ke Semua Negeri - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 9:19PM

Antara petugas media yang menerima suntikan vaksin di Putrajaya, hari ini. - Gambar Mohd Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Proses pemberian vaksin COVID-19 kepada pihak media yang dimulakan di sini hari ini, akan diperluas ke seluruh negara bagi memastikan lebih 4,000 warga media yang disenaraikan mendapat vaksin, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah. 

“Saya berterima kasih kepada YB Khairy Jamaluddin (Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) dan Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan) yang memberikan fokus kepada  warga media. 

“Pada masa sama,  warga media yang sudah dapat (janji temu) vaksin dalam MySejahtera, kalau dapat terus pergi. Jangan tunggu (vaksinasi) kumpulan media,”  katanya selepas meninjau 98 warga media yang menjadi kumpulan pertama petugas media menerima dos pertama vaksin COVID-19 di Dewan Seri Seroja, di sini hari ini. 

Dua petugas media telah menerima suntikan dos pertama vaksin di Putrajaya, hari ini.
Dua petugas media telah menerima suntikan dos pertama vaksin di Putrajaya, hari ini.

Ditanya mengenai  kenyataan Kesatuan Wartawan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUJ) yang menggesa warga media yang belum menerima vaksin supaya tidak ke lapangan untuk membuat liputan, Saifuddin berkata beliau sudah menerima surat daripada NUJ dan akan menelitinya.

“Saya akan bawa perkara ini untuk dibincangkan dengan Yang Berhormat Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Adham Baba. Saya faham keperluan itu,” katanya. 

Saifuddin berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sememangnya meminta  warga media didahulukan kerana mereka merupakan petugas yang turun padang sama seperti petugas barisan hadapan lain.

“Namun saya faham Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 ada perkiraan mereka,” katanya. 

Sementara itu, mengenai laporan polis berhubung program All Together Now Malaysia yang ditayangkan stesen penyiaran Astro baru-baru ini,  beliau berkata KKMM telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyiasat perkara tersebut. 

Saifuddin  berkata beliau difahamkan rakaman dibuat sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 fasa satu dan kebenaran untuk membuat rakaman ada dikeluarkan oleh Finas. 

Jadi, dari segi masa, rakaman dibenarkan, kelulusan juga ada, katanya.

“Cuma MCMC akan siasat sekiranya ada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam proses membuat rakaman. Astro telah tangguh tayangan program itu dan saya anggap itu langkah yang baik,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar