web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sinergi Baharu Kementerian Pertahanan, Pemain Industri Perlu Diwujudkan - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2025 5:27PM

Perdana Menteri di sesi libat urus bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan hari ini - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu sinergi baharu antara Kementerian Pertahanan dan pemain industri diwujudkan, bagi memastikan ekosistem penyelidikan dan pembangunan pertahanan negara terus maju seiring perubahan dan kecanggihan teknologi.

Perdana Menteri berkata permintaan itu disuarakan beliau ketika sesi libat urus bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia yang diadakan di Pangkalan Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Dalam catatan di Facebook, Anwar berkata pada sesi berkendan beliau turut mendapatkan perkembangan terkini berkaitan kesiapsiagaan pertahanan negara.

"Keutamaan yang perlu diambil kira kepimpinan dan pengurusan, pastinya terkait status aset pertahanan, latihan, kebajikan, kerjasama dan kebersamaan seluruh pihak, selain mengenal pasti masalah atau isu yang berbangkit dalam mencari penyelesaian tuntas," katanya.

Perdana Menteri berkata selesai sesi libat urus itu, beliau turut beramah mesra dengan juruterbang yang terlibat dalam pelbagai acara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti sambutan Hari Kemerdekaan serta siri pameran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA).

"Kemampuan dan keupayaan mengendali pesawat dengan begitu cekap dan meyakinkan ini, membuktikan kemampuan anak watan dalam mengendali pesawat yang canggih dan moden dalam memastikan kesiapsiagaan pertahanan negara pada tahap terbaik," katanya.

Di lokasi sama, Anwar kemudiannya turut dilapor menyantuni warga Kementerian Pertahanan sempena Program Ihyd' Ramadan 2025, dan menunaikan Solat Jumaat bersama-sama mereka di Masjid Al-Muhajirin yang terletak berdekatan pangkalan udara itu.

Selesai Solat Jumaat, beliau turut mengedarkan bubur lambuk kepada jemaah masjid. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar