web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kos Perubatan Semakin Meningkat, Warga Asing Pula ‘Drama’ Desak Rawatan Percuma

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2025 1:08PM

Ada segelintir warga asing dikesan enggan menjelaskan bil perubatan selepas menerima rawatan di hospital kerajaan - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tatkala kos perubatan semakin meningkat, ada pula pihak yang sengaja mengambil kesempatan apabila melarikan diri selepas menerima rawatan di hospital,    untuk mengelak daripada membayar bil.

Perbuatan tersebut dikatakan dilakukan segelintir pendatang asing, termasuk mereka yang berada di negara ini atas tiket Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Seorang petugas kesihatan di Thread baru-baru ini berkongsi kisahnya berdepan pesakit pendatang asing yang mendesak diberikan rawatan percuma. 

Hanya dikenali sebagai Sya, dia berkata, pesakit terbabit turut membuat ‘drama air mata’ agar terlepas daripada membayar bil. 

First time encounter pt (patient) PATI (pendatang asing tanpa izin) requested for FOC (percuma) hospital bill.

“Rasa marah sbb bill amounting to RM17K. Selamba je ek buat drama menangis tkleh (tak boleh) nak bayar lepastu duk arah2 staff nurse kita buat tu ni. Ni baru satu pt PATI. Sakitnya hati duit taxpayers mcmni (macam ni),” keluhnya. 

Jelas Sya, pihak hospital telah menghubungi keluarga pesakit berhubung bayaran berkenaan. 

Outcome tktahu (tak tahu) lagi. We have informed family to pay at least half. Tengok dia boleh bayar ke tak.

Pt dah admit for some times, so somehow family kena fikir throughout admission dan bukannya jadi madam (puan) besar arah2 staff nurse kita buat mcm2 (macam-macam),” katanya, kesal. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai berkongsi kekesalan wanita terbabit, malah ada yang mendesak kes itu dipanjangkan ke pejabat kedutaan negara pesakit tersebut. 

Kerajaan diminta bertindak agar subsidi perubatan untuk rakyat tempatan tidak disalah guna oleh warga asing - Gambar hiasan
Kerajaan diminta bertindak agar subsidi perubatan untuk rakyat tempatan tidak disalah guna oleh warga asing - Gambar hiasan

Hanya dikenali sebagai Ashikin, dia turut berkongsi pengalaman berdepan pesakit yang disifatkan biadab.

“Minta kat duta negara die (dia) xbleh (tak boleh) ke. Geram. Masa bersalin dlu (dulu) pon, puas hati dgr (dengar) sister marah foreigner. Sister ckp (cakap) dh (dah) tau ade masa 9 bulan nak beranak, kumpul la duit, ni manjang cakap xde (tak ada) duit.

Nurse suruh die bawa je duit yg ade..dh (dah) le bini die tu, beg pon suruh nurse angkat, alasan czer (ceasar), padahal semua yg (yang) area situ semua czer, boleh je angkat bag n (and) baby sendiri,” katanya. 

Seorang petugas kesihatan turut mengesahkan bahawa kejadian seumpama itu sememangnya benar-benar berlaku. 

Jelas doktor terbabit, dia sendiri pernah berhadapan insiden serupa ketika bertugas di hospital kerajaan.

I hv (have) seen few when I was still in kkm (Kementerian Kesihatan). N paling annoying they r (are) very demanding,” katanya. 

Susulan perkongsian, seorang pengguna mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menangani kes seperti ini agar tidak terus membebankan kerajaan. 

“Rasanya @anwaribrahim_my kena fikir untuk resolve this issue, warga asing (pati, rohingya etc.) masuk hospital kerajaan, dapatkan rawatan termasuk bersalin lepas tu tinggalkan bill tertunggak yang last2 membazir duit taxpayer/government. 

Rather than focusing on nak sedut tax or subsidy from citizens. Regardless B, M or T, we are still Malaysian. One way or another we are contributing to the country. Ini orang entah siapa2 sedap sedut subsidy yang sepatutnya enjoyed by Malaysian,” katanya yang hanya dikenali sebagai Ika. 

Pendapat senada disuarakan Jam, yang berkata, cukai dibayar rakyat tempatan bukan bertujuan menampung kos rawatan pendatang asing.

“Kita tak bayar cukai, utk non-Malaysian nikmati benefit tu. Memang elok pun, mintak deposit tinggi buat para foreigner ni sebelum masuk wad. 

“United Nation (PBB) kalau nk bising, sila bina hospital utk mereka,” katanya. - Getaran, 12 Mac 2025

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Siapa Nina dan Kumpulan Misteri Yang Hilang Tanpa Jejak?

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Singapura 14 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad