web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sedih Kenang Nasib Mangsa Banjir, 30 Sukarelawan UPNM Turun Padang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2025 3:11PM

Penuntut UPNM menggunakan paip bomba milik JBPM untuk melakukan kerja-kerja pembersihan - Gambar TTCM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEMAMAN - “Tak dapat bayangkan bagaimana mereka tersadai di atas bumbung, bergegas selamatkan apa yang mampu dan duduk di pusat perlindungan sementara berhari-hari,”.

Itu luahan Intan Qraisya Abu Thalib, 19, penuntut Universiti Pertahanan  Nasional Malaysia (UPNM) yang terbabit dalam misi kemanusiaan membantu mangsa banjir di sini baru-baru ini. 

Intan Qraisya Abu Thalib - Gambar TTCM
Intan Qraisya Abu Thalib - Gambar TTCM

Intan yang menuntut di tahun satu berkata, ini adalah kali kedua dia bersama beberapa rakan lain menyertai misi bantuan pasca banjir yang dianjurkan Triton Tuner Club Malaysia (TTCM).

Kata gadis manis itu, dia terpanggil untuk menyertai misi bantuan mangsa banjir apabila melihat kerosakan teruk  dialami semua mangsa melalui media sosial. 

“Saya amat terkesan apabila melihat video yang bertebaran di laman sosial.  Nasib mereka tidak sebaik kami di sini, tak dapat bayangkan bagaimana perasaannya apabila air naik dengan cepat dan deras, hingga ada yang memusnahkan hampir keseluruhan rumah mereka.

“Oleh itu, saya meminta keizinan dari keluarga untuk membantu apa yang terdaya dan saya berharap bantuan yang kami berikan sedikit sebanyak dapat menggembirakan hati mereka,” katanya kepada Getaran.

Seorang ahli TTCM menggunakan paip bomba untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan - Gambar TTCM
Seorang ahli TTCM menggunakan paip bomba untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan - Gambar TTCM

Intan memberitahu, dia hampir menangis sejurus tiba di Kampung Jeneris, di sini apabila melihat kemusnahan yang berlaku akibat banjir teruk itu.

Dalam pada itu, seorang lagi penuntut UPNM, Mohamad Firdaus Mohamad Amin, 20, berkata, pengalaman mencuci Medan Selera Kuala Jeneris tidak akan dapat dilupakan.

Katanya, pada misi kali ini, dia amat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), termasuk menggunakan jentera bomba bagi tujuan pembersihan.

“Tak sangka pula saya berpeluang menggunakan peralatan bomba untuk mencuci medan selera ya g terjejas teruk akibat banjir.

“Teruja dan seronok tapi saya tetap bersimpati dengan peniaga-peniaga yang terjejas. Keadaan medan selera ini seperti medan lumpur ketika saya sampai,” katanya.

Mohamad Firdaus Mohamad Amin - Gambar TTCM
Mohamad Firdaus Mohamad Amin - Gambar TTCM

Menurut penuntut jurusan Pengajian Strategi ini, menjadi sukarelawan merupakan satu tanggungjawab yang besar dan dia berazam untuk terus membantu mereka yang memerlukan.

Selain Intan dan Firdaus, misi anjuran TTCM itu turut disertai 28 penuntut UPNM. 

Gambar TTCM
Gambar TTCM

Misi terbabit membawa bersama 250 pek makanan dan barangan keperluan harian untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang terkesan. - Getaran, 22 Januari 2025

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar