web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Caj RM1 Tak Berasas, Bebankan Pengguna Berpendapatan Rendah - Lip Eng

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2025 6:07PM

Caj RM1 untuk pengeluaran antara bank seharusnya ditanggung oleh bank terbabit - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Caj RM1 yang dikenakan untuk pengeluaran antara bank menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) disifatkan tidak berasas sama sekali. 

Menegaskan perkara itu, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, caj terbabit hanya menambah beban 85 peratus pengguna berpendapatan rendah yang ada di Malaysia.

Menurut beliau, isu terbabit telah dibincangkan secara mendalam bersama pegawai dari Kementerian Kewangan.

“Mereka juga bersetuju bahawa caj tersebut tidak dapat diterima disebabkan oleh keuntungan besar yang diperoleh bank-bank Malaysia tahun lepas, selain memberi tekanan lebih besar terhadap golongan B40 dan M40 di negara ini.

“Bank-bank ini memperoleh keuntungan besar, ada yang mencecah berbilion ringgit, pada 2024, sama seperti tahun-tahun sebelum, justeru adalah wajar untuk mereka menanggung caj terbabit,” katanya.

Lim Lip Eng - Gambar BERNAMA
Lim Lip Eng - Gambar BERNAMA

Tegas Setiausaha DAP itu, mengenakan caj terbabit ke atas pengguna jelas satu ketidak-adilan dan ia tidak seharusnya diteruskan. 

Beliau menarik perhatian, pihaknya sedang merangka semua soalan diperlukan yang akan dikemukakan pada sidang Dewan Rakyat Februari depan. 

“Biarlah perkara ini dibincangkan dan dibahaskan di Dewan Rakyat, dan diharapkan kita dapat mencapai kesimpulan untuk kebaikan rakyat Malaysia,” katanya. 

Selain Lip Eng, isu caj RM1 itu juga pernah dibangkitkan bulan lalu oleh  Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Khin. 

Beliau dipetik sebagai berkata,  caj RM1 untuk pengeluaran antara bank telah menimbulkan kebimbangan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.

“Monopoli dan kartel (merujuk kepadaPayNet dan pemegang sahamnya) boleh menyebabkan kos yang lebih tinggi, pilihan yang terhad, dan pengurangan inovasi bagi pengguna. Faktor-faktor ini akhirnya merendahkan kualiti perkhidmatan kewangan dan mewujudkan ketidaksempurnaan pasaran yang merugikan pengguna. 

“Mempromosikan persaingan dan membina landskap kewangan yang lebih pelbagai akan memberi manfaat kepada pengguna dengan memastikan harga yang adil, menggalakkan inovasi dan meningkatkan tawaran perkhidmatan,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, laporan Asian Banking & Finance menyatakan bahawa Maybank mencatatkan keuntungan bersih, iaitu peningkatan sebanyak 8.5 peratus berbanding tahun lepas (YoY) kepada hampir RM7.56 bilion dalam sembilan bulan pertama tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan keuntungan dalam tempoh suku ketiga.

Sementara itu, CIMB Group Holdings Bhd mencatatkan kenaikan keuntungan bersih sebanyak 12.56 peratus berbanding tahun lepas (YoY) kepada RM5.93 bilion, sementara pendapatan bersihnya adalah RM16.97 bilion, peningkatan sebanyak 8.52 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, bagi sembilan bulan pertama 2024.

Public Bank Bhd pula mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM5.35 bilion, meningkat 6 peratus daripada RM5.03 bilion untuk sembilan bulan yang berakhir 30 September lalu,  berbanding tempoh yang sama pada 2023. 

Hasil pendapatan bank terbabit juga meningkat 7.6 peratus kepada RM20.20 bilion daripada RM18.87 bilion tahun sebelumnya. 

Bagi RHB Bank Berhad, keuntungan bersih mereka melonjak kepada RM833.19 juta dalam suku ketiga berakhir 30 September 2024 (3Q FY2024) berbanding RM649.95 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas disebabkan oleh peningkatan jumlah pendapatan dan kerugian kredit yang dijangkakan lebih rendah (ECL). 

Hasil pendapatan RHB turut meningkat kepada RM4.51 bilion daripada RM4.22 bilion sebelumnya. - Getaran, 17 Januari 2025

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad