web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langgar Mati Kanak-Kanak Perempuan, Peniaga Mengaku Tak Bersalah 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2024 4:06PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu kereta dengan laju sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, empat hari lalu.

P. Kuhan Raj, 31, didakwa memandu kereta jenis BMW dengan laju sehingga menyebabkan kematian pembonceng motosikal Nur Naura Nathifa Mohd El-Khuwailid di Lebuhraya Bukit Jalil menghala ke Puchong pada 9.50 malam, 15 November lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 dan penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Salsabila Mohammad mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Inderpal Singh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya bekerja sendiri dan menanggung keluarga.

Majistret Haneefa Ariffin membenarkan Kuhan Raj diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung berkuat kuasa serta merta, serta menetapkan sebutan kes pada 21 Januari depan.

Semalam, media melaporkan polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat kejadian langgar lari hingga menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan maut, manakala ibu bapanya cedera di Lebuhraya Bukit Jalil. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran