web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengikut GISBH Masih Dalam Negara, Tidak Mampu Lari Ke Negara Jiran - KPN

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2024 1:36PM

Razarudin Husain - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dipercayai masih berada dalam negara kerana sukar untuk mereka melarikan diri sehingga ke negara jiran seperti Thailand, kerana mereka terlalu bergantung kepada kepimpinan tertinggi organisasi itu terutama dalam hal kewangan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pengikut GISBH tiada kemampuan untuk melarikan diri ke sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Kelantan, kerana segala dana, elaun dan kewangan mereka mengharapkan pemimpin GIBSH yang telah ditangkap dan dibekukan akaun mereka baru-baru ini.

"Kepimpinan tertinggi GISBH telah ditangkap, jadi yang ada di bawah (pengikut GISBH) tidak ada kemampuan untuk lari (ke sempadan negara).

“Pengikut GISBH masih ada di sini (dalam negara) dan mereka menyorok kerana tiada duit, gaji dan sebagainya untuk melarikan diri," katanya kepada Bernama.

Razarudin berkata agak mustahil juga untuk mereka melarikan diri ke Thailand kerana pengikut GISBH tiada tempat hendak dituju di negara berkenaan. 

"Jika mereka melarikan diri sekalipun ke Thailand ke mana mereka hendak pergi? Yang lima kepimpinan tinggi GISBH telah polis tahan awal, jadi saya tidak nampak mereka ke sana (Thailand),” katanya. 

Beliau berkata buat masa ini hasil risikan dan siasatan polis tidak menampakkan pengikut GISBH melarikan diri ke sempadan negara.

"Buat masa ini tiada maklumat mengatakan pengikut-pengikut GISBH melarikan diri ke sana (sempadan negara)," katanya.

Mengenai dakwaan terdapat premis seperti kedai dobi, motel, farmasi dan restoran yang dikaitkan dengan GISBH di beberapa negeri menukar papan tanda di premis mereka selepas polis melakukan serbuan, Razarudin berkata perkara itu memang berlaku.

"Ya, memang ada banyak tempat dan premis GISBH telah menukar papan tanda. Kita ada kenal pasti dan sedang menjalankan siasatan berhubung perkara ini," katanya sambil menambah polis menyiasat kes ini melibatkan pelbagai aspek.

Sementara itu, jurucakap Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ketika dihubungi Bernama berkata MAlk akan terus mempergiatkan operasi menyerbu premis GISBH termasuk yang mempunyai kaitan dengan pengasas Al-Arqam Ashaari Muhammad di negeri ini.

"Kami membantu pihak polis dan JHEIK (Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan) dengan mencari bahan-bahan tulisan yang menjurus kepada Abuya Ustaz Ashaari," katanya.

Tinjauan Bernama pagi tadi di premis seperti kedai dobi, motel, farmasi dan restoran yang dikaitkan dengan GISBH di Kota Bharu, Tumpat dan Gua Musang mendapati, premis berkenaan ditutup dan tidak lagi beroperasi, selain terdapat sebuah hotel di Kota Bharu yang dikaitkan dengan kumpulan itu telah menukar papan tanda GISBH kepada nama hotel lain di premis itu.

Sementara itu, tinjauan Bernama di rumah amal dan sekolah yang dikaitkan dengan GISBH di Gong Kulim, Pasir Puteh yang diserbu pihak polis semalam mendapati premis itu ditutup, dengan garisan kuning pihak berkuasa, selain ia telah kosong.

Sepuluh kandang kuda di lokasi berkenaan juga telah dikosongkan dipercayai dipindahkan ke lokasi lain.

Pada 11 September, polis melalui Op Global menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja daripada 20 rumah amal yang dikaitkan dengan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan, yang disyaki menjadi mangsa esploitasi buruh dan seksual.

Serbuan itu mendedahkan kes pengabaian dan penganiayaan yang membawa kepada penahanan beberapa individu yang ada kaitan dengan GISBH. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran