web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2024 1:58PM

Dr Mohd Na’im Mokhtar - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bekas pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu jawatankuasa khas untuk melengkapkan laporan berkaitan isu syarikat yang terpalit dengan dakwaan ajaran sesat itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata bekas pengikut tersebut akan memberikan maklumat berkaitan syarikat itu kepada jawatankuasa khas yang ditubunkan baru-baru ini bagi menjalankan siasatan dan kajian terperinci terhadap doktrin fahaman GISB Holdings.

"Nanti kita akan panggil bekas ahli (pengikut) GISB ini untuk kita dapatkan maklumat yang sebenar.

"Jawatankuasa khas di bawah saya ini akan selesaikan dan muktamadkan kajian berkaitan GISB Holdings ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024/1446H di sini hari ini.

Mohd Na'im berkata laporan berkenaan akan dibawa ke Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) untuk dibincangkan bagi menentukan status doktrin fahaman GISB Holdings.

"Status GISB ini sesat atau tidak kita akan bawa ke MKI untuk dibincangkan," katanya.

Mengenai nasib wanita dan kanak-kanak yang diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam beberapa siri Op Global ke atas beberapa rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings, beliau berkata kerajaan akan memastikan aspek kebajikan, pendidikan dan hala tuju mereka terbela.

Untuk tujuan itu, beliau berkata kerjasama berterusan akan diberikan kepada PDRM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Ini keutamaan yang kami beri kepada mereka dan saya percaya JKM di bawah Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) akan lihat bagaimana kita nak pastikan nasib mereka ini terbela," katanya.

Baru-baru ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun di 18 rumah amal di Selangor dan dua di Negeri Sembilan menerusi gerakan Op Global. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 34 minit yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad