Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pusat Kawalan Operasi Bencana Bantu Pelaksanaan PKPD

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 4:40PM

Mohamad Noor (paling kanan) memberi taklimat ringkas kepada anggota Pasukan Komuniti Prihatin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah ini tampil sebagai PKOB pertama di Pahang yang menjalinkan kerjasama dengan pemimpin masyarakat setempat bagi melakukan pemantauan di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pasukan Komuniti Prihatin (PKP) disertai pengerusi jawatankuasa kemajuan dan kemakmuran kampung (JKKK) dan pemimpin masyarakat itu disenaraikan sebagai antara elemen penting dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya penduduk di kawasan terbabit.

Penubuhan PKP adalah hasil persetujuan bersama Pegawai Daerah Kuantan, Tengku Datuk Norasmaliza Ku La dan Komander Operasi PKOB daerah yang juga Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Noor Yusof Ali.

Mohamad Noor berkata, seramai 20 ahli PKP dilantik bagi membantu kira-kira 60 pegawai dan anggota keselamatan yang diberi tanggungjawab melaksanakan tugas penguatkuasaan PKPD di Kampung Seri Damai, Kampung Jaya Gading dan Bandar Baru Jaya Gading, dengan jumlah penduduk kira-kira 11,000 orang.

Menurut beliau, ini akan turut disenaraikan dalam jadual penugasan harian bersama pegawai dan anggota polis, tentera dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Memandangkan kawasan ini mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, kita memang memerlukan kerjasama pemimpin masyarakat setempat kerana mereka lebih mengenali penduduk di sini dan ‘laluan tikus’ di sekitar kawasan ini.

“Jadi, kita amat berterima kasih kepada mereka semua kerana sudi bersama-sama kami dalam memastikan pelaksanaan PKPD kali ini dapat mengawal penularan wabak COVID-19,” katanya ketika ditemui selepas taklimat ringkas pelaksanaan PKPD di sini, malam tadi.

Taklimat itu turut disertai Pegawai Daerah Kuantan, Tengku Datuk Norasmaliza Ku Lah dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud.

Ahli PKP itu juga diberi peranan menyelaras program penyaluran bantuan kebajikan kepada penduduk terjejas yang memerlukan barangan keperluan asas.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Noor berkata, selain tiga lokaliti di Kampung Jaya Gading, Kampung Seri Damai dan Bandar Baru Jaya Gading, kawasan perindustrian Gebeng turut terbabit dalam pelaksanaan PKPD yang bermula hari ini hingga 21 Jun.

“Bagi kawasan perindustrian Gebeng, kita sudah mengadakan sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Gebeng bagi memudahkan pemantauan keluar dan masuk pekerja sana.

“Sebelum ini, kita sudah melakukan pemantauan di sana dan kebanyakan pemilik kilang juga sudah mengambil langkah awal untuk memastikan semua SOP dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata, terdapat banyak kilang yang sudah melakukan ujian saringan atau ujian calitan COVID-19 kepada pekerja mereka dalam usaha membendung penularan wabak itu di dalam kalangan komuniti berhampiran kawasan perindustrian berkenaan. - Getaran, 8 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 8 bulan yang lalu

SOP Hari Pengundian: KKM Umum Selewatnya 2 Hari Sebelum Mengundi

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Tidak Lagi Wajib Pakai Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam, Fasiliti Kesihatan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Tetapkan SOP Khas Aidilfitri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Cegah COVID-19 Ketika Aidilfitri: Patuhi SOP, Pakai Pelitup Muka Ketika Solat Sunat

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pihak Berkuasa Jerman Rampas 4 Bugatti Dikaitkan Dengan Kes 1MDB

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Lagenda Liverpool Memenangi Battle Of The Reds

oleh Manvir Victor

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

Semasa 1 hari yang lalu

Siapa Punya Kerja, Tanam Paku Kat Bahu Jalan

oleh Wartawan Getaran