web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penolong Pegawai Perubatan Maut Nahas Ambulans Rempuh Treler

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2024 8:10AM

Kemalangan tersebut berlaku di KM 330.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Tapah, semalam. – Gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH – Seorang penolong pegawai perubatan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans swasta dan treler di Kilometer 330.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Tapah, semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata wanita berusia 30 tahun yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan itu tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Kira-kira 4.30 pagi satu kemalangan berlaku membabitkan sebuah ambulans yang dipandu lelaki berusia 41 tahun melanggar bahagian belakang sebuah treler yang dipandu lelaki berumur 32 tahun di laluan sebelah kiri.

"Semasa kejadian, ambulans tersebut dalam perjalanan balik dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di Kuala Lumpur ke Ipoh setelah selesai menghantar pesakit, manakala treler tersebut dalam perjalanan dari Klang, Selangor menghala ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk menghantar barangan, " katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Naim berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk proses bedah siasat, manakala pemandu ambulans hanya mengalami kecederaan ringan dan pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam yang menyaksikan kemalangan tersebut diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Faizan Ahmad @ Mohammed Razikin di talian 013-2087919 bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran