web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki OKU Hilang: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Mangsa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2024 6:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) masalah mental yang dilaporkan hilang di Kampung Redan, Mela, Kuala Lipis, kira-kira 241 kilometer dari sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Ismail Man berkata kehilangan mangsa dikenali Rosdan Mat, 52, dilaporkan adik ipar (pengadu) pada jam 9.39 pagi.

Beliau berkata sebelum membuat laporan polis pengadu telah pergi ke rumah abang iparnya sekitar jam 8 pagi dan mendapati lelaki itu tiada di rumah.

"Pengadu bersama keluarga dan orang kampung telah melakukan pencarian namun mangsa gagal ditemui sebelum membuat laporan polis selepas tidak menjumpai sebarang petunjuk keberadaan lelaki itu," katnaya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kali terakhir pengadu berjumpa mangsa yang mempunyai masalah kesihatan mental sejak berusia 14 tahun itu Rabu lepas.

"Polis bersama penduduk kampung telah menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari yang sama di kawasan sekitar namun gagal menemui mangsa dan operasi SAR diteruskan semula pagi ini," katanya.

Justeru, Ismail meminta kerjasama orang ramai yang ternampak atau mempunyai maklumat berkaitan Rosdan agar segera menghubungi Bilik Gerakan lou Pejabat Polis Daerah Lipis di talian 09-3121999 atau mana-mana balai polis berhampiran. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar