web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masih Ada Agensi Bawa ‘Haji Koboi’, Pihak Berkuasa Digesa Bertindak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2024 2:00PM

Menunaikan ibadah haji biarlah dilakukan secara sah mengikut prosedur yang sebenar - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa digesa segera mengambil tindakan, termasuk menyenarai hitam agensi pelancongan yang dikesan membawa jemaah haji memasuki Makkah secara haram.

Amil zakat bertauliah, Faisal Rahim menerusi ciapan di X mendedahkan, masih ada agensi melakukan perbuatan ini, semata-mata mahu mengaut keuntungan atas angin.

Menurut beliau, aktiviti dikenali sebagai ‘Haji Koboi’ ini hanya memburukkan nama Malaysia di dunia luar.

“Bangga langgar undang-undang dan terlepas. Teringat video orang Malaysia last year dengan bangganya cakap, dia bayar RM10k (RM10,000) je haji tapi duduk khemah VVIP Mina yang bayar RM150k (RM150,000). Padahal dia menumpang secara haram khemah orang lain.

“Pasti ada travel lain yang bawa jemaah illegal begini dan kantoi. Kemudian merayu kerajaan Malaysia tolong macam kes di Madinah haritu. Haji sah jika cukup syarat. Tapi berdosa sebab melanggar undang-undang pemerintah,” katanya, kesal.

Faisal Rahim - Gambar X
Faisal Rahim - Gambar X

Jelas Faisal, perbuatan seperti itu tidak seharusnya dibanggakan kerana jelas ia melanggar undang-undang.

“Kalau pun langgar undang-undang dan terlepas, cukuplah benda tu simpan untuk diri sendiri. Tapi orang begini, biasanya tak rasa puas kalau tak bagitau dan berbangga kepada orang lain.

“Akhirnya kantoi dan menyusahkan diri sendiri. Harap syarikat travel tu kena siasat dan banned,” katanya.

Tegas beliau, ‘Haji Koboi’ memiliki risiko yang amat tinggi, khususnya jika jemaah berdepan komplikasi kesihatan dan meninggal dunia.

“Dalam berita tadi, ramai jemaah Mesir yang meninggal dunia ni bukan guna Visa Haji.

“Jadi urusan ambulans, hospital, kebumi jadi sukar dan lambat. Ada sehingga enam jam baru diambil di tepi jalan,” katanya.

Pengakuan seorang ejen pelancong yang terbabit membawa ‘Haji Koboi’ - Gambar X
Pengakuan seorang ejen pelancong yang terbabit membawa ‘Haji Koboi’ - Gambar X

Faisal berkata, video jemaah ‘Haji Koboi’ yang tular di media sosial itu dengan jelas memaparkan mereka memasuki khemah VVIP di Mina milik jemaah lain.

"Video Jemaah Haji koboi Malaysia tu memang dia main masuk je khemah VVIP kat Mina yang kurang orang. Pastu (lepas itu) buat video bangga guna fasiliti tu tak payah bayar ratus ribu. Yang guna tandas, khemah jemaah haji lain pun ramai,” katanya.

Beliau memberitahu, sekitar 300,000 jemaah haji ‘haram’ berjaya dicekup oleh pihak berkuasa Arab Saudi dan dihantar pulang ke negara masing-masing, namun masih ramai yang terlepas.

“Ada yang kongsi, dekat sebulan mereka tak keluar rumah sewa area Makkah. Bersesak dlm rumah tu. Nak elak kena tangkap.

“Dekat wukuf, mereka gamble jalan kaki ke Arafah,” katanya. - Getaran, 20 Jun 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 14 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad