web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Keracunan Makanan Di Gombak: Polis Ambil Keterangan 15 Termasuk Pengusaha Katering

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2024 4:00PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis merakam keterangan 15 individu termasuk pengusaha katering bagi membantu siasatan kes kematian seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun disyaki akibat keracunan makanan pada 8 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata mereka yang dipanggil terdiri daripada ahli keluarga mangsa, pakar patologi, penyedia makanan dan pembekal.

"Sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan individu dirakam keterangan setakat ini dalam membantu siasatan adalah seramai 15 individu dan tindakan hari ini untuk merakam keterangan mangsa-mangsa keracunan yang lain," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Rabu lepas, polis merakam keterangan lapan individu bagi membantu siasatan dalam kejadian keracunan makanan di Gombak, di sini.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) juga sedang menjalankan siasatan bagi mengesan kes-kes baharu berhubung kejadian keracunan makanan pada Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Daerah Gombak itu yang melibatkan 30 sekolah rendah pada 8 Jun lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Dr Ummi Kalthom Shamsudin sebelum ini dilaporkan berkata mana-mana individu berkaitan yang mengalami gejala diminta segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan bagi mengelak komplikasi keracunan makanan yang tidak diingini.

Sebelum ini jabatan itu memaklumkan seramai 82 daripada 247 orang dikesan mengalami gejala keracunan makanan selepas memakan makanan pada program tersebut. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar