web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Komited Bangunkan Ekosistem Industri Tanaman - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2024 8:46PM

Perdana Menteri bersama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu selepas mesyuarat - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan komited dengan membangunkan ekosistem industri tanaman serta pengadaptasian teknologi untuk masa depan sektor itu yang lebih cerah. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia mencakupi usaha meneroka potensi makanan masa hadapan seperti daging kultur, hasil daging kultur dan cell-based food. 

Menurut beliau, inisiatif ini perlu didahului dengan kajian yang menyeluruh bagi memastikan tahap kualiti dan keselamatan makanan adalah terjamin. 

“Inisiatif pemodenan pertanian seperti pembangunan kilang tanaman akan menyokong pertumbuhan industri teknologi pertanian bagi menghasilkan pengeluaran makanan yang lestari, sebagai alternatif kepada pengeluaran tanaman semasa.

“Hari ini saya telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara Bilangan 1 Tahun 2024, yang membincangkan usaha mempertingkat keterjaminan makanan serta memperkasa industri agromakanan negara,” katanya.

Perdana Menteri memberitahu, mesyuarat dimaklumkan mengenai prestasi dan produktiviti dalam sektor pertanian serta agromakanan yang tampak memberikan kesan positif dengan mencatatkan pertumbuhan dalam tempoh setahun kebelakangan ini.

Jelas Anwar, beliau telah menegaskan keperluan melaksanakan tindakan segera terhadap beberapa perkara mendesak terkait sektor ini, khususnya kelulusan pelaksanaan serta fasilitasi pelaburan dan perniagaan. 

“Elemen ease of doing business wajar diterapkan bagi menyokong ekosistem perniagaan dalam sektor pertanian.

“Mesyuarat turut bersetuju dengan pembangunan indikator keterjaminan makanan merangkumi maklumat berkaitan harga dan ketersediaan makanan di seluruh peringkat,” katanya.

Anwar berkata, beliau optimis segala ikhtiar yang diputuskan dalam mesyuarat ini akan terus melonjak pembangunan sektor pertanian dan agromakanan.

“Sektor ini perlu menjadi penyumbang utama ekonomi negara dan terus memanfaatkan rakyat,” katanya. - Getaran, 13 Jun 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad