web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FINAS Kemas Kini SOP Pembangunan Kandungan Kreatif Dalam Tempoh PKP 2.0

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2021 11:43AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah mengemaskini Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai pembangunan kandungan kreatif dengan membenarkan beberapa aktiviti dijalankan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Antaranya ialah membenarkan aktiviti rakaman lagu dan penggambaran di studio, pembangunan muzik secara digital dan produksi animasi dan muzik, pra-produksi penggambaran.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, FINAS memaklumkan penggambaran di studio merangkumi drama, telemovie, iklan, dokumentari, sitcom, livestreaming, rakaman, kebudayaan, seni dan warisan tanpa penonton, adalah dibenarkan.

Bagaimanapun pengarah, kru dan pelakon perlu memuat turun serta mendaftar aplikasi MYSejahtera ke dalam telefon bimbit masing-masing untuk tujuan pengesanan kontak rapat.

''Pemilik premis sewaan seperti rumah, pejabat, kedai atau ruang tertutup seperti studio diwajibkan mendaftar dan memuat turun aplikasi MYSejahtera untuk digunakan oleh pelanggan yang memasuki premis.

``Mereka juga perlu memastikan semua kehadiran direkodkan secara manual dengan mencatatkan nama dan nombor telefon atau menggunakan aplikasi MYSejahtera,'' kata kenyataan berkenaan.

Arahan tetap mengenai SOP itu bagaimanapun tertakluk kepada ketetapan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan peraturan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PKP).

Pada masa sama, penguatkuasa FINAS juga akan melakukan pemantauan berkala di premis atau lokasi terbabit.

Penggiat seni sebelum ini telah meminta kerajaan mengkaji semula SOP yang dikenakan terhadap aktiviti seni dengan beberapa cadangan berhubung SOP penggambaran telah dihantar kepada MKN. Menerusi cadangan itu, penggiat seni berharap SOP dapat dilonggarkan dengan segera bagi memastikan kelangsungan hidup terutama pekerja produksi yang berdepan situasi gaji hari. - Getaran, 9 Februari 2021

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad