web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Jurutera Tak Mengaku Salah Minta Suapan RM30,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2024 12:56PM

Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen - Gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang bekas jurutera awam  dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana didakwa meminta rasuah sebanyak RM30,000 dari seorang pemilik syarikat, tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Syaiful Marzuki Roslan, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di depan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang merupakan bekas Jurutera Tempatan Solusi Consult, telah secara rasuah meminta bagi dirinya suapan berjumlah RM30,000 daripada pemilik syarikat Seng Heng Piling Engineering.

Rasuah itu didakwa sebagai balasan untuk memberi kelulusan kepada kemajuan kerja dijalankan syarikat berkenaan, bagi projek milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Kelulusan itu diperlukan bagi membolehkan pihak TNB melakukan pembayaran kepada syarikat tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 4 petang, 18 April 2017 di Bilik Konsultan, Pejabat Tapak Kembang Serantau dekat Mukim Padang Matsirat, Langkawi.

Lokasi tersebut merupakan tapak projek cadangan meroboh empat unit rumah rehat sedia ada dan membina semula pusat peranginan bertaraf empat bintang terdiri daripada satu blok kondominium lapan tingkat mengandungi 60 unit kediaman dan kemudahan hotel serta tempat letak kereta untuk anggota kerja TNB.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Rasyidah Murni Adzmi serta Pegawai Pendakwa SPRM, Muhamad Taufik Awaludin mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Adha Amir Yasser dan Nur Sarah Syamimi Syafie.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Terdahulu pihak pendakwaan memohon supaya mahkamah menetapkan kadar jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin.

Peguam tertuduh bagaimanapun memohon supaya kadar itu dikurangkan memandangkan tertuduh sudah tidak mendapat gaji sebanyak kira-kira RM8,800 sebulan sejak dia ditahan SPRM pada Julai 2017.

Sehubungan itu katanya, tertuduh kini hanya melakukan kerja-kerja kampung selain membantu isterinya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Keluarga itu juga didakwa hanya memperolehi pendapatan bulanan antara RM1,000 hingga RM1,500 bagi menanggung kehidupan bersama lima anak berusia antara tiga hingga 11 tahun, serta ibu yang menghidapi pelbagai penyakit antaranya kencing manis dan darah tinggi. 

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin selain tertuduh turut perlu menyerahkan passport antarabangsanya.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 25 Julai 2024. - Getaran, 6 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Pegawai Imigresen, Ejen Pekerja Asing Terlibat Rasuah Program PRM Direman

2

Semasa 1 tahun yang lalu

2 Profesor Termasuk Presiden MPN Didakwa Pecah Amanah RM271,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad